Sukan diakui secara meluas sebagai salah satu komponen atau tonggak utama dalam menggalakkan keharmonian antara etnik. Sehubungan itu, Liga Sukan UNITI Keluarga Malaysia yang akan berlangsung dari September hingga Oktober 2022 akan dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.
Terdapat dua (2) jenis sukan yang akan dimainkan: futsal dan bola jaring. Dengan penyertaan 16 Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan, kedua-dua sukan ini akan dimainkan di seluruh negara.
Juara bagi setiap negeri pula bakal berentap di Peringkat Kebangsaan untuk dinobatkan sebagai Juara Kebangsaan.
Jangan berlengah lagi. Sila hubungi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di negeri anda secepat mungkin. Anda mungkin mendapat hadiah wang tunai sehingga RM10,000.00.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi pegawai yang berkenaan sebagaimana tertera di bawah:
?) ????? ??????:
Mohd Zulhilmi bin Mohd Husin
No. Telefon : 03-8091 8234
Email : [email protected]
?) ????? ???? ??????:
Puan Noradnin Suhaizan binti Adnan
No. Telefon : 03-8091 8205
Email : [email protected]
??????????? ????????? ???????? ????????