JUALAN RAHMAH BAJU RAYA JAKEL: KUALITI PREMIUM PADA HARGA MAMPU MILIK

Majlis Pelancaran Jualan RAHMAH bersama JAKEL telah dilancarkan di JAKEL Mall di Kuala Lumpur hari ini, dan ia telah mendapat kebenaran secara rasmi oleh Kos Sara Hidup dan Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin bin Ayub.

Pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH di seluruh cawangan JAKEL di seluruh negara ini meliputi aktiviti Jualan RAHMAH yang dijalankan bersempena dengan Jualan Murah Ulang Tahun JAKEL Yang Ke-40 sejak 17 Februari 2023 yang lalu dan merangkumi pelbagai produk pakaian yang sedia untuk dipakai terus (ready to wear) seperti baju melayu dewasa dan baju melayu kanak-kanak yang dilengkapi dengan butang baju melayu dan kain samping percuma, baju kurung dewasa, baju kurung kanak-kanak, kurta dan kain samping, yang masing-masing ditawarkan pada harga yang lebih rendah sehingga 20% berbanding harga jualan murah sedia ada.

KPDN melihat tambahan diskaun di bawah Jualan RAHMAH yang ditawarkan oleh JAKEL ini sebagai tawaran yang amat berbaloi, berpatutan dan mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia, seiring dengan kualiti material pada setiap produk. Seterusnya, Jualan RAHMAH ini juga dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi persediaan 2 menyambut bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (cost of living) dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini. Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna, khususnya menjelang musim perayaan yang bakal menjelang.

https://www.youtube.com/live/9Oo77zlc0Ls?feature=share

Di bawah Inisiatif Payung RAHMAH yang diterajui oleh KPDN, pengguna dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang berpatutan, disamping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang ditawarkan oleh peniaga. Inisiatif Payung RAHMAH adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat.

KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan. YB DATUK SERI SALAHUDDIN BIN AYUB, MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP, KUALA LUMPUR, 22 MAC 2023

About admin

Check Also

Experience Ultimate Performance and Savings: iQOO Z7 Series at Discounted Rates During Mega 6.6 Sales!

Calling all iQOO fans! The much anticipated 6.6 sales are just around the horizon, so …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.