ZIHA SALLEH BAWAKAN ‘CINTA MALAM PURNAMA’

Pasaran seni yang ditubuhkan di negara ini, yang bermula pada 2014 dan berterusan hari ini, melahirkan Ziha Salleh. Adat Kasih, lagu ciptaannya untuk Anugerah Industri Muzik ke-23, baru-baru ini berjaya meraih pingat untuk Lagu Pop Etnik Terbaik (AIM23). Dia kini kembali dengan lagu “Cinta Malam Purnama,” yang merupakan keluaran terbarunya. Pasangan baru jatuh cinta adalah subjek lagu ini, yang menggabungkan muzik tradisional dan arus perdana.

Ziha Salleh atau nama sebenarnya Nor Aziha Mohd Salleh dikenali sebagai penyanyi tradisional dan lagu ‘Cinta Malam Pertama’ yang menggabungkan dua genre ini semenangnya memberi kelainan pada dirinya dan para pendengar. Lagu ‘Cinta Malam Purnama’ ini merupakan hasil nukilan daripada komposer dan penulis lirik berpengalaman iaitu Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

Menurut Ziha, “Cinta Malam Purnama merupakan runut bunyi bagi drama Tonton berjudul Penggali Kubur Miss Sleepwalker. Genre yang saya bawakan kali ini sangat berbeza kerana saya sememangnya dikenali oleh peminat saya sebagai penyanyi yang membawakan lagu-lagu tradisional. Ini merupakan kali pertama saya membawakan lagu yang menggabungkan dua genre iaitu tradisional dan pop. Menarik juga walaupun ini merupakan eksperimentasi saya yang pertama. Tambahan pula lagu ini juga mempunyai elemen muzik seram sesuai dengan drama yang ditayangkan ini. Saya berharap semua pendengar dapat menerima segala hasil karya saya dan terima kasih juga buat keluarga tercinta kerana memberikan saya semangat dan dorongan untuk terus berkarya dalam industri seni ini.”

Penggali Kubur Dan Miss Sleepwalker merupakan drama siri original Tonton yang bergenre Seram, Komedi dan Cinta arahan Azmi Hatta terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd. Dibintangi pelakon yang terkenal Izzue Islam dan Riena Diana disiarkan eksklusif hanya di platform penstriman video Tonton yang mempunyai 10 episod bermula 12 Mac 2023. Strim live online drama Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker di aplikasi Tonton atau di www.tonton.com.my untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Jangan lupa untuk dengarkan Cinta Malam Purnama di saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talent dan semua platform digital.

Turut disertakan butiran lanjut berkaitan lagu Cinta Malam Purnama:

Komposer: Iqie Hugh , Firdaus Rahmat & John Jeeves

Penulis Lirik :Iqie Hugh , Firdaus Rahmat & John Jeeves

Penerbit/ Arranger/Keyboard: Iqie Hugh

Mixing & Mastering: Felix Voon

Label : Alternate Records Sdn Bhd

Artist: Ziha Salleh

Judul:  Cinta Malam Purnama

About admin

Check Also

Experience Ultimate Performance and Savings: iQOO Z7 Series at Discounted Rates During Mega 6.6 Sales!

Calling all iQOO fans! The much anticipated 6.6 sales are just around the horizon, so …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.