ISU KEKURANGAN GULA DI PANTAI TIMUR DIATASI DENGAN OPS MANIS

Susulan masalah kekurangan gula di negeri Kelantan dan Terengganu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil langkah segera dengan membentuk pasukan Task Force bagi melaksanakan operasi bersepadu yang dikenali sebagai OPS SWEET

 

OPS MANIS dilancarkan bermula 3 Mei 2023 sehingga 9 Mei 2023 (tempoh selama 7 hari) bertujuan memulihkan gangguan bekalan gula disetiap lapisan rantaian pembekalan, memastikan tidak berlaku ‘panic buying’, memastikan pematuhan undang-undang dipraktik oleh setiap peniaga, pemantauan ke atas keberadaan inventori stok penimbal gula (stockpile) di kilang atau gudang penyimpanan serta memastikan tiada isu penyeludupan gula ke negara jiran.

 

Sehubungan dengan itu, hasil pelaksanaan operasi di kedua-dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu pada hari ini (5 Mei 2023) mendapati seperti berikut:

  1. Bilangan pemeriksaan premis : 116 premis (pemborong & peruncit);
  2. Bilangan kes: Tiada;
  • Bilangan aduan: 2 aduan; 2
  1. Bilangan kompaun: Tiada;
  2. Jumlah pengedaran gula daripada kilang ke pemborong utama:
  3. Kelantan: 147,840 kg;
  4. Terengganu: 269,528 kg;
  5. Jumlah pemborong utama:
  6. Kelantan: 17 pemborong, dan;
  7. Terengganu: 19 pemborong.

 

Selain itu, berdasarkan laporan yang diterima dari pasukan Task Force negeri Kelantan memaklumkan sebanyak 280 premis melibatkan 263 pemborong/peruncit dan 17 pasar raya telah diperiksa dan mendapati bekalan gula ada hasil pengedaran dan penghantaran yang dibuat oleh 6 pemborong utama pada hari ini. Pasar raya utama iaitu MYDIN telah menerima jumlah bekalan gula tertinggi pada hari ini dengan menjadikan jumlah stok bekalan gula sebanyak 71,040 kg daripada syarikat MSM. Manakala pasar raya yang mengambil bekalan dengan Distribution Centre (DC) seperti Econsave, Aeon Mall, Giant dan Lotus masih lagi mempunyai bekalan namun tidak mampu memenuhi permintaan setempat dan menunggu penghantaran dari pihak DC mereka.

 

Tambahan, secara keseluruhan pemeriksaan dan pemantau dibuat oleh pasukan Task Force KPDN Kelantan dalam OPS MANIS 2023, sebanyak 98% bekalan yang diterima oleh pemborong utama telah dibuat edaran keseluruhan pemborong/peruncit serta pasar raya dibawah seliaannya. Satu (1) pemborong utama yang masih belum menerima bekalan daripada pihak kilang iaitu Link Holder dijangka bekalan sampai 9 dan 16 Mei 2023 daripada pihak MSM dan CSR.

 

Seterusnya, berdasarkan laporan yang diterima dari pasukan Task Force KPDN Terengganu pula memaklumkan, sebanyak 148 premis melibat pemborong, peruncit dan pasar raya telah menerima bekalan hasil edaran daripada 10 pemborong utama negeri Terengganu. Pemborong utama iaitu Shanghai Hung Chong Sdn Bhd telah menerima jumlah bekalan gula tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 45,360kg daripada syarikat CSR. Hasil laporan yang diterima mendapati negeri Terengganu menerima bekalan gula tertinggi iaitu sebanyak 141,768kg daripada MSM dan 127,760kg daripada CSR.

 

Bagi isu kekurangan gula di negeri Terengganu pada hari ini mendapati, pasar raya utama yang menerima edaran dari Distribution Centre (DC) juga menerima pembelian yang tinggi dan berlaku kehabisan bekalan. Pasar raya yang menerima bekalan dari DC adalah Mydin, Giant, Tunas Manja, Econsave dan Nirwana.

 

KPDN akan sentiasa komited mempergiatkan serta mempertingkatkan kawal seliaan dan operasi ke atas pengedaran barang-barang kawalan di seluruh negara bagi memastikan bekalan barang kawalan untuk kegunaan rakyat Malaysia sentiasa mencukupi dan tidak berlaku ketirisan barangbarang kawalan bersubsidi yang akan merugikan negara.

 

YBHG DATUK AZMAN BIN MOHD YUSOF, KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP, PUTRAJAYA, 5 MEI 2023.

About admin

Check Also

Experience Ultimate Performance and Savings: iQOO Z7 Series at Discounted Rates During Mega 6.6 Sales!

Calling all iQOO fans! The much anticipated 6.6 sales are just around the horizon, so …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

No comments to show.