R&F Mall Johor Bahru Raikan Ulang Tahun Ke-6 dengan Kempen 6nniversary yang Penuh Keceriaan!
R&F Mall Johor Bahru dengan penuh rasa bangga menyambut ulang tahun keenamnya tahun ini. Bertemakan “6nniversary”, sambutan ini bukan sahaja meraikan perjalanan luar biasa pusat beli-belah ini sejak 2019, tetapi juga mencerminkan usaha berterusan R&F Mall dalam menyediakan pengalaman inovatif dan menyeronokkan kepada para pengunjung.
Bagi menghargai sokongan pelanggan, kempen ulang tahun ini berlangsung dari 28 Mac hingga 27 April 2025, menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti peraduan dalam talian, hadiah gores dan menang, serta acara sambutan istimewa. Dengan gabungan elemen membeli-belah, hiburan dan aktiviti interaktif, R&F Mall menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua pengunjung.
Sejak pembukaannya, R&F Mall Johor Bahru terus berkembang menjadi destinasi gaya hidup yang menawarkan jenama-jenama terkenal dari dalam dan luar negara. Sempena ulang tahun keenam ini, empat aktiviti utama telah disusun bagi menggalakkan kreativiti, memberikan ganjaran eksklusif, memperkasa interaksi sosial, serta menyajikan acara kemuncak yang meriah. Setiap pengunjung berpeluang menikmati pelbagai kejutan istimewa sepanjang kempen berlangsung.

Mulai 28 Mac hingga 27 April, pelanggan boleh menyertai Peraduan “Happy Birthday” di media sosial R&F Mall Johor Bahru dengan memuat naik gambar kreatif yang diambil di pusat beli-belah ini berserta ucapan ulang tahun yang unik. Dua pemenang bertuah setiap minggu bakal menerima tiket wayang WoMei Cinemas serta baucar beli-belah eksklusif.
Selain itu, pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit atau gabungan dua resit (tidak termasuk Jaya Grocer) boleh menebus kad gores dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Sebanyak 666 kad gores akan diedarkan setiap minggu sepanjang kempen ini, menjanjikan peluang menang 100%! Antara hadiah yang ditawarkan termasuk percutian 3 hari 2 malam ke Langkawi, baucar beli-belah, kad hadiah Jaya Grocer, tiket WoMei Cinemas dan banyak lagi.
Pada 29 Mac, pelanggan berpeluang mendapatkan baucar tunai Mr D.I.Y bernilai RM10 dengan hanya mengambil gambar di R&F Mall Johor Bahru dan memuat naik ke Facebook atau Instagram dengan hashtag #6HappyBirthday dan #RNFMall. Hantaran tersebut boleh ditunjukkan di kaunter penyambut tetamu untuk menebus baucar selagi stok masih ada. Pada hari yang sama, Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-6 akan berlangsung bermula jam 11:00 pagi, menampilkan persembahan hiburan secara langsung, tarian singa, pancaragam muzik dan pelbagai kejutan lain. Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah eksklusif melalui pengedaran kad gores percuma sepanjang acara berlangsung.

Untuk menambahkan keterujaan, R&F Mall turut memperkenalkan dua zon interaktif. Dari 11 hingga 13 April, pengunjung boleh meneroka ‘MBTI Personality Institute’ untuk memahami personaliti mereka menerusi pengalaman digital yang interaktif. Manakala pada 18–20 April dan 25–27 April, Pasar Purba “Traveling Through Ancient Times” akan membawa pengunjung menyelami keunikan budaya Dinasti Tang dan Wilayah Barat dengan pelbagai aktiviti tradisional serta permainan budaya yang menghiburkan.
R&F Mall Johor Bahru terus komited untuk memberikan pengalaman membeli-belah terbaik dengan rangkaian jenama antarabangsa dan tempatan yang semakin berkembang. Encik Li Ming Liang, Pengurusan R&F Mall Johor Bahru, turut menyampaikan penghargaan kepada pelanggan, penyewa dan rakan niaga atas sokongan berterusan sepanjang enam tahun ini. “Ulang tahun ke-6 ini bukan sekadar meraikan kejayaan kami, tetapi juga menjadi simbol komitmen kami untuk terus menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada semua,” katanya.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen 6nniversary yang penuh dengan kejutan dan kegembiraan ini! Untuk maklumat lanjut, ikuti laman media sosial rasmi R&F Mall Johor Bahru di Facebook, Instagram dan TikTok.