70% Tiket Terjual: Akon The Superfan Tour Hampir Tiba di Malaysia & Singapura

Akon

Lima hari menjelang penganjuran Akon The Superfan Tour Live in Malaysia & Singapore, lebih 70% tiket bagi kedua-dua lokasi, Kuala Lumpur dan Singapura, telah habis dijual. Kejayaan jualan tiket yang memberangsangkan ini mengesahkan bahawa konsert ini akan menjadi acara yang dinantikan pada November ini. Berita gembira ini disampaikan oleh Harris Baba, Pengarah Urusan Jeeharris Entertainment, yang mengakui betapa terujanya pihak penganjur dengan sambutan luar biasa dari peminat muzik Akon di kedua-dua negara.

“Persiapan untuk konsert ini telah berjalan dengan lancar dan kini, kami hanya menanti kedatangan Akon ke Malaysia dan Singapura untuk memberikan persembahan yang tidak akan dilupakan. Kami sangat teruja dengan permintaan tiket yang luar biasa di Kuala Lumpur dan Singapura. ,” kata Harris Baba dalam kenyataan yang dikeluarkan. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Astro Radio, yang turut memberi sokongan padu sebagai rakan media rasmi dengan stesen-stesen seperti Era, Hits, Sinar Mix, dan Raaga, serta portal Astro Gempak yang turut membantu mempromosikan konsert ini.

Di samping itu, Jeeharris Entertainment turut mendapat sokongan daripada Munchie’s dan EL Car Rental, dua rakan kongsi utama yang akan menyumbang kepada kejayaan Akon The Superfan Tour di Kuala Lumpur.

Munchie’s, sebuah jenama makanan segera yang semakin terkenal, akan menjadi penyedia makanan rasmi untuk konsert tersebut. Munchie’s akan menyajikan hidangan yang segar dan lazat untuk pengunjung konsert, termasuk burger smashed daging lembu segar dan hidangan western seperti ayam goreng dan Burger GCB. Jenama ini juga mengumumkan bahawa mereka akan membuka cawangan baru di Kuala Lumpur dan Selangor dalam masa terdekat. Munchie’s berbesar hati untuk turut serta dalam acara besar ini dan berharap dapat memperkenalkan hidangan baru mereka kepada lebih ramai pelanggan, terutamanya peminat konsert Akon.

EL Car Rental, yang merupakan penyedia perkhidmatan pengangkutan mewah terkemuka di Malaysia, pula dilantik sebagai penaja kenderaan rasmi untuk Akon The Superfan Tour Kuala Lumpur. EL Car Rental akan menyediakan kenderaan mewah untuk Akon dan pasukannya sepanjang tour ini. Dengan pengalaman lebih lima tahun dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai lapisan pelanggan, termasuk kerajaan, keluarga diraja, selebriti, dan lebih 500 syarikat, mereka akan memastikan pengangkutan berjalan lancar dan selesa. EL Car Rental juga menawarkan lebih 150 kenderaan dengan 30 jenama, memenuhi setiap keperluan, baik untuk acara rasmi atau pengalaman mewah.

Konsert Akon The Superfan Tour akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 19 November 2024, manakala konsert di Singapura pula akan diadakan pada 20 November 2024 di Arena @ Expo Hall 7. Konsert ini dijangka bakal memukau peminat dengan persembahan penuh tenaga daripada Akon, yang terkenal dengan lagu-lagu hits seperti “Lonely”, “Smack That”, dan “I Wanna Love You”.

Dengan 70% tiket telah terjual hanya beberapa hari sebelum acara, suasana di Kuala Lumpur dan Singapura pastinya akan dipenuhi dengan peminat yang tidak sabar untuk melihat salah seorang artis paling berpengaruh di dunia muzik secara langsung.

Bagi mereka yang masih belum membeli tiket, ini adalah masa yang tepat untuk bertindak. Dengan tiket yang semakin habis, peminat dinasihatkan untuk segera mendapatkan tiket mereka sebelum terlambat. Akon The Superfan Tour 2024 adalah acara yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat muzik Akon dan pencinta konsert di Malaysia dan Singapura.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert yang bakal mencipta kenangan manis ini! Segera beli tiket anda dan bersiaplah untuk merasai pengalaman muzik yang tiada tandingan.

Peminat penyanyi antarabangsa itu masih lagi boleh membeli tiket Penjualan bagi menyaksikan konsert Akon menerusi www.ticket2u.com dan Akon Live in Singapore di www.sistic.com.sg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *