FM Group, melalui acara Precious Of Malaysia, menekankan pentingnya menjaga integriti budaya dalam dunia fesyen. Dalam mempersiapkan International Cultural Fashion Week (ICFW) yang bakal berlangsung dari 2 hingga 4 Ogos di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, mereka membuka peluang kepada pereka fesyen muda untuk menunjukkan kreativiti mereka.
Jonathan dan Farel Mikhail, sebagai penganjur acara, menggariskan bahawa ICFW merupakan platform utama bagi pereka fesyen baharu dan yang sedang mencipta nama untuk mengemukakan potensi mereka.
Mereka mengakui bahawa banyak pereka muda berbakat di Malaysia yang mempunyai idea kreatif yang luar biasa, dan mereka ingin memberi peluang kepada mereka untuk meneroka dan meneruskan cita-cita mereka sebagai pereka fesyen terkenal.
Namun demikian, FM Group menekankan bahawa walaupun kreativiti adalah penting, adalah perlu untuk memastikan bahawa rekaan fesyen yang dihasilkan tidak menyalahi batas-batas budaya dan menghormati nilai-nilai estetika serta identiti budaya setempat.
Mereka menyarankan agar pereka fesyen memahami dengan baik adat istiadat budaya sebelum merangka rekaan mereka, untuk mengelakkan dari membuat rekaan yang mungkin menimbulkan persepsi negatif atau mempersendakan budaya tersebut.
FM Group turut menyoroti bahawa ICFW untuk tahun ini melibatkan pereka fesyen dari negara-negara serantau, menunjukkan komitmen mereka untuk mengangkat martabat budaya dan kreativiti fesyen di peringkat antarabangsa. Ini memberi peluang yang unik kepada pereka fesyen muda untuk berinteraksi dan berkongsi inspirasi dari pelbagai budaya yang berbeza.
Sebagai kesimpulan, FM Group menekankan bahawa pertandingan rekaan fesyen ini bukan hanya mengenai mencipta trend baru, tetapi juga tentang menghormati dan memelihara kekayaan budaya yang ada, serta memastikan bahawa fesyen adalah satu alat untuk merayakan keunikan dan keindahan budaya secara global.
“Dua tahun berturut-turut kami libatkan pereka fesyen tempatan sahaja. Kelainan untuk tahun ini kami turut menerima penyertaan dari negara-negara serantau iaitu Indonesia, Filipina, Thailand dan India.
“Menerusi pertandingan ini, kita dapat lihat pelbagai budaya yang dibawakan menerusi fesyen dari Malaysia dan negara luar.
“Untuk Malaysia, kami nak ketengahkan elemen Malaysia seperti batik, songket tenun atau pun apa-apa tradisi. Dalam masa yang sama, rekaan kontemporari atau gabungan tradisional danmoden pun dibenarkan.
“Pertandingan yang berkonsepkan tradisional kali ini agak mencabar kerana melibatkan pereka fesyen dalam dan luar negara,” tambahnya.
Pertandingan ini melibatkan melibatkan 10 kategori iaitu Best Collection, ASIAN Emerging Fashion Designer, Most Talented Fashion Designer, Up Coming Fashion Designer, Promising Fashion Designer, Best Showcase, Best Cultural Inspiration, Up Lifting Traditional Design, Excellent Fashion Designer dan Best Model Catwalk.
Antara penaja yang turut serta dalam Precious Of Malaysia adalah Affin Bank Berhad, Pavilion Damansara Heights, Vivo, MyCar dan banyak lagi.
Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga akan menganjurkan Hari Tanjak Malaysia bersempena bulan kemerdekaan Ogos ini dan Hari Malaysia pada 16 September 2024.
Hari Tanjak Malaysia yang akan diadakan pada 10 Ogos ini di Pavilion Damansara heights mensasarkan 1000 orang hadir memakai tanjak pada hari tersebut. Sempena acara ini, turut dianjurkan pameran dan booth bermula 5 hingga 11 Ogos.