MTPN dan anak syarikatnya, Connect and Network (CAN), bersama NW Corporate Advisor Sdn Bhd, telah berganding bahu dengan MATRADE untuk menganjurkan seminar yang sangat dinantikan, “Wawasan Perdagangan Global: Menembusi Pasaran Antarabangsa.” Acara berprestij ini berlangsung pada 31 Julai 2024 di ibu kota semalam, menawarkan peluang emas kepada usahawan tempatan untuk meneroka dan menembusi pasaran global melalui sokongan program kerajaan yang inovatif.
Seminar ini menampilkan beberapa penceramah terkemuka yang dihadiri 130 peserta terdiri daripada usahawan.
Pengerusi CAN,Nicole Ooi Yuet Li berkata, seminar ini bertujuan menyediakan analisis dan panduan praktikal bagi membantu syarikat-syarikat di Malaysia mencapai kejayaan perniagaan lebih besar di peringkat global.
“Pihak kami komited membantu meningkatkan daya saing perusahaan domestik usahawan negara di seluruh dunia,”katanya melalui satu kenyataan.
Antara penceramah yang dijemput terdiri daripada Penasihat Perdagangan Akademi Eksport Malaysia (bekas Pesuruhjaya Perdagangan & Pengarah MATRADE), Noraslan Hadi Abdul Kadir dan Pengurus Kanan Bahagian Halal, Makanan & Minuman dan Agro berasaskan MATRADE, Badrul Hisham Hilal.
Turut menyampaikan ceramah,Timbalan Pengarah Bahagian China & Timur Laut Asia MATRADE, Nur Azni Aziz dan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Pengurusan MATRADE, Remee Yaakub.
Sementara itu,Timbalan Pengarah Unit Nasihat & Latihan Pengeksport MATRADE, Noor Ezzwanee Ahmad berkata,visi MATRADE adalah meletakkan Malaysia sebagai negara perdagangan yang kompetitif di peringkat global.
Menurutnya,bagi mencapai matlamat ini MATRADE telah membangunkan Pelan Tindakan Perdagangan Nasional (PTPN 2021-2025 ) yang komprehensif bagi memperbaiki ekosistem dalam bidang perniagaan.
Katanya,pelaksanaan pelan tindakan ini merangkumi langkah-langkah strategik seperti mengukuhkan daya saing global perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan Syarikat Peringkat Pertengahan melalui pendigitalan, kemampanan, dan pembinaan jenama.
“MATRADE akan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan tertentu seperti usahawan asli, wanita dan golongan muda bagi menyediakan bimbingan intensif yang diadakan selama tiga taun,”katanya.