Baru-baru ini, selepas kejayaan pelancaran outlet eksklusif kedua Ulike di Johor Bahru, sekali lagi menarik perhatian dunia kecantikan dengan memperkenalkan kemajuan terkini dalam teknologi kecantikan pada Sesi Pertemuan #UlikeBeautyTech yang diadakan di Luuma Dining & Bar, Kuala Lumpur.
Acara ini mengumpulkan peminat kecantikan, pakar perubatan ternama, dan personaliti industri yang berpengaruh, di mana Ulike dengan bangganya melancarkan Ulike Air 10 Pro dalam warna merah jambu, memberikan pilihan yang lebih luas bagi mereka yang menginginkan gaya elegan dalam rutin kecantikan harian.
Selepas pengumuman yang dinanti-nantikan ini, Dr. Aen, atau lebih dikenali sebagai Dr. Nurul A’in Sa’ari, mengendalikan seminar informatif mengenai Ulike Air 10 Pro, yang mendedahkan bagaimana peranti inovatif ini mencetuskan trend baharu dalam industri kecantikan.
Dr. Aen menjelaskan, “Ulike Air 10 Pro menawarkan kelembutan kulit yang tahan lama, perlindungan kulit yang tiada tandingan, serta teknologi saringan UV yang melindungi kulit. Peranti ini bukan sahaja memberikan pengalaman penyingkiran bulu badan yang selesa dan selamat, tetapi juga dilengkapi dengan tetapan khusus untuk pelbagai jenis kulit. Dengan kombinasi kejituan dan keselamatan yang setaraf dengan solusi profesional dalam bentuk yang kompak dan ringan, Ulike Air 10 Pro memberikan pengalaman yang hampir menyamai perkhidmatan di salon kecantikan.”
Sebagai peranti penyingkir bulu badan terkemuka dunia dengan teknologi Dwicahaya, Ulike Air 10 Pro merupakan alat Cahaya Denyut Intensif (IPL) pertama yang telah mengubah landskap industri kecantikan. Dengan dua sumber cahaya, kawasan rawatan menjadi lebih luas dan output tenaga yang lebih tinggi membolehkan penyingkiran bulu badan dilakukan dengan lebih pantas dan berkesan.
Selain itu, Ulike turut memperkenalkan Ulike Clear Pro DPL NIR Beauty Device yang sangat ringan, satu lagi produk inovatif yang dijangka akan menetapkan standard baharu dalam teknologi kecantikan.
Dilancarkan menjelang penghujung suku ketiga tahun ini, Ulike Clear Pro membawa dua teknologi canggih: “Black Gold DPL Super Photon Lightening” dan “NIR Platinum Milk Light Whitening”. Teknologi Black Gold DPL Super Photon Lightening bertujuan menghapuskan kecelaan dan bekas jerawat dengan menyasarkan melanin dan pigmentasi secara langsung. Manakala, NIR Platinum Milk Light Whitening menggunakan teknologi cahaya inframerah dekat yang maju dengan gelombang cahaya 900nm-1800nm tanpa cahaya berwarna, memberikan penembusan mendalam hingga ke lapisan dermis untuk kulit yang lebih lembut dan segar serta mengaktifkan kolagen dan elastin.
En. K. M. Leong, Pengurus Besar Asia Tenggara bagi Ulike Group, menyatakan, “Sesi Pertemuan #UlikeBeautyTech ini menjadi detik bersejarah buat kami dengan pelancaran Ulike Clear Pro. Inovasi ini mencerminkan komitmen kami untuk terus memajukan teknologi kecantikan, memberikan hasil setaraf profesional yang boleh dinikmati oleh semua. Kami sangat teruja untuk meneruskan langkah dalam mengintegrasikan teknologi canggih ke dalam rutin kecantikan harian, dan tidak sabar untuk terus melangkah ke hadapan.”
Para hadirin turut berpeluang untuk berinteraksi dengan produk-produk inovatif Ulike, menyaksikan sendiri bagaimana teknologi kini mengubah dunia kecantikan. Acara ini juga menampilkan segmen temu bual eksklusif dengan personaliti terkemuka dalam industri perubatan dan kecantikan, seperti Miaazahar (Syaza Amira Azahar), Dr. Say (Shazril Shaharuddin), Sally Whoo (Nur Salihah Aimuni), Saby Rose, Dr. Mya Kamaruzaman, Jane Chuck, Nurulain Edruce, dan ramai lagi.