Jenama terkenal seperti Pa&Ma, Bintang Kecil, dan Keluarga yang bernaung di bawah Nu Ideaktiv dengan bangganya mempersembahkan Edutainment Fest Simpan SSPN, sebuah acara yang menggabungkan pendidikan dan hiburan dalam satu pengalaman yang menyeronokkan serta bermanfaat. Program ini mendapat sokongan penuh daripada Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), menekankan kepentingan perancangan kewangan bagi masa depan pendidikan anak-anak.
Edutainment Fest ini bukan sekadar festival hiburan, tetapi juga platform untuk meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya membuat simpanan dan merancang masa depan pendidikan anak-anak. Festival ini bertujuan menggabungkan pendidikan dengan hiburan melalui pelbagai aktiviti interaktif dan bengkel yang direka khas untuk kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun. Program ini menjanjikan pengalaman yang seronok sambil memupuk minat terhadap pembelajaran.
Edutainment Fest Simpan SSPN berlangsung selama dua hari, pada 24 dan 25 Ogos 2024 di Pusat Beli-Belah Datum Jelatek dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Program ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada pengunjung. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk membantu perkembangan minda dan kemahiran kanak-kanak, sambil ibu bapa diberi pendedahan tentang pentingnya perancangan kewangan menerusi sokongan daripada Simpan SSPN. Festival ini menawarkan peluang untuk ibu bapa dan anak-anak bergembira sambil mempersiapkan diri ke arah masa depan yang lebih cerah.
Sorotan Utama Edutainment Fest:
1. Himpunan dan Perarakan Mega Merdeka: Kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun menyertai perarakan penuh warna-warni, berpakaian seragam sempena sambutan Hari Kebangsaan. Keceriaan mereka mencerminkan semangat patriotik yang menyelubungi festival ini.
2. Majlis Pelancaran Edutainment Fest: Majlis pelancaran ini menekankan peranan pendidikan dalam membina masa depan anak-anak kita. Disokong oleh **Simpan SSPN**, pelancaran ini dirasmikan oleh Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, melambangkan komitmen mereka dalam memupuk generasi yang cemerlang.
3. Pertandingan Mewarna Mega: Lebih 1,000 kanak-kanak menyertai pertandingan ini, dan setiap peserta menerima medal dan sijil penyertaan. Pemenang utama berpeluang membuka akaun Simpan SSPN serta membawa pulang set mewarna sebagai hadiah.
4. Merdeka Kids Marathon Catwalk: Kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun menunjukkan gaya dan kreativiti mereka di pentas. 10 peserta terbaik akan menerima akaun Simpan SSPN dan baucar istimewa, manakala 20 peserta lain mendapat hadiah saguhati.
5. Penampilan Khas Catfluencer: Pengunjung berpeluang bertemu kucing-kucing terkenal di Malaysia bersama pemiliknya. Mereka juga dapat belajar tentang penjagaan kucing serta menikmati pengalaman interaksi bersama haiwan peliharaan mereka.
6. Borak Pa&Ma Edutainment Fest: Sesi bual bicara bersama selebriti seperti Syamel dan Ika Nabella yang membincangkan kepentingan simpanan keluarga dan pengurusan kewangan. Ibu bapa dapat mempelajari tips praktikal serta strategi dalam memastikan masa depan pendidikan anak-anak lebih terjamin.
7. Bayi Marathon Race: Pertandingan maraton yang melibatkan bayi kecil mengharungi halangan menyeronokkan seperti merangkak melalui terowong dan cabaran mencari barang misteri, semuanya direka khas untuk si kecil.
8. Konsert Meletop Bintang Kecil: Kanak-kanak prasekolah menonjolkan bakat istimewa mereka dalam konsert ini, yang menyediakan platform untuk mereka mengekspresikan diri sambil memupuk perkembangan sosial.
9. Putaran Roda Istimewa Edutainment Fest Simpan SSPN: Pengunjung yang membuka akaun baharu atau membuat penambahan pada akaun Simpan SSPN layak menyertai Putaran Roda Istimewa. Pemenang bertuah boleh memenangi hadiah menarik seperti akaun Simpan SSPN bernilai RM1,000, baucar penginapan, basikal, car seat, mainan, dan pelbagai lagi hadiah menarik.
Festival ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Uyaina Arshad, Syamel, Haziq Hussni, Mark Adam, Ika Nabella dan Dr. Tengku Asmadi. Kehadiran mereka menambah tarikan festival, menjadikan pengalaman pengunjung lebih istimewa.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, “Kami amat berbangga dapat menganjurkan Edutainment Fest ini. Ia bukan sekadar menyeronokkan, tetapi juga mendidik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar sambil bermain. Dengan kerjasama SSPN, kami yakin festival ini akan memberi impak yang positif, bukan sahaja kepada kanak-kanak, tetapi juga kepada ibu bapa dalam merancang masa depan pendidikan anak-anak mereka. Kami harap setiap peserta akan mendapat manfaat dan menikmati pengalaman ini sepenuhnya.”
Wan Erni Liza, Editor Pengurusan pula menyatakan, “Edutainment Fest ini adalah bukti komitmen kami untuk menyediakan kandungan yang menggabungkan elemen hiburan dan pendidikan. Program ini membantu kanak-kanak mengembangkan potensi mereka dengan cara yang menyeronokkan sambil meningkatkan kesedaran tentang perancangan masa depan. Dengan sokongan SSPN, kami yakin festival ini akan memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada semua yang terlibat.”
Festival ini bukan sahaja mencipta kenangan manis untuk anak-anak, tetapi juga memberikan manfaat yang tidak ternilai dalam usaha perancangan masa depan pendidikan mereka.