HONOR Magic V3 Kini Boleh Didapati di Seluruh Negara!

magic v3

HONOR Magic V3, telefon boleh lipat AI paling nipis dan ringan di dunia, kini boleh didapati secara rasmi di seluruh negara.

Telefon pintar terbaru ini hadir dengan ketahanan tinggi, prestasi bateri yang mantap, paparan yang lebih cemerlang, serta pengalaman AI yang diperbaharui. Ia dijual pada harga RM6,999 dan dilengkapi dengan RAM 12GB serta storan dalaman 512GB. HONOR Magic V3 turut ditawarkan dalam tiga pilihan warna mewah iaitu Mossy Green, Silk Brown, dan Classic Black, menjadikannya pilihan yang bergaya dan berprestasi.

Peranti inovatif ini boleh dibeli di pelbagai platform seperti laman sesawang rasmi HONOR, kedai fizikal HONOR Experience Store, serta melalui platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop. Selain itu, ia turut boleh didapati di pengedar sah seperti Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

Setiap pembelian HONOR Magic V3 akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,898, termasuk jaminan Perlindungan Skrin HONOR selama 365 hari serta pemegang pengecas tanpa wayar HONOR SuperCharge. Bagi mereka yang ingin memperpanjang tempoh jaminan peranti, lanjutan jaminan setahun boleh didapati dengan bayaran tambahan sebanyak RM299 sahaja. Peluang ini memberikan nilai tambah yang hebat untuk pembeli, menjadikan HONOR Magic V3 pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan telefon pintar yang serba boleh dan penuh inovasi. v3

Miliki HONOR Magic V3 dengan Pelan Pascabayar CelcomDigi dan Maxis

Alami kehebatan HONOR Magic V3 serendah RM113 sebulan tanpa bayaran pendahuluan dan tanpa faedah dengan Easy 360 daripada CelcomDigi. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi CelcomDigi sekarang dan ketahui bagaimana anda boleh memiliki telefon pintar lipat paling nipis dan ringan di dunia ini dengan mudah.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan HONOR Magic V3 melalui pelan Zerolution bersama Maxis Postpaid 109 dengan hanya RM185 sebulan. Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran hebat ini di laman sesawang rasmi Maxis. HONOR Magic V3 turut ditawarkan melalui pelan pascabayar U Mobile dan Yes, memberikan lebih banyak pilihan kepada anda untuk menikmati teknologi terkini.

Masih ragu-ragu untuk memiliki HONOR Magic V3? Berikut adalah empat sebab utama mengapa anda perlu beralih kepada telefon boleh lipat paling canggih dan ringan di dunia. Dengan reka bentuknya yang elegan, ciri inovatif, dan prestasi luar biasa, HONOR Magic V3 menjanjikan pengalaman pengguna yang luar biasa dan pastinya akan menjadi pilihan ideal bagi mereka yang inginkan telefon pintar premium.

#1: Lebih Kukuh dan Tahan Lasak

HONOR Magic V3 merupakan telefon lipat yang direka dengan ketahanan yang luar biasa, menjadikannya sempurna untuk penggunaan harian. Skrinnya diperkukuh dengan teknologi HONOR Super Armored Inner Screen dan Perlindungan NanoCrystal Anti-calar, yang menawarkan perlindungan yang mantap terhadap calar dan jatuhan pada kedua-dua paparan. Ini memberikan ketenangan kepada pengguna kerana telefon ini mampu bertahan dalam situasi yang mencabar.

Selain itu, struktur badan telefon ini diperkuat dengan bahan Gentian Khas, yang bukan sahaja mengurangkan ketebalan belakang telefon sebanyak 40%, tetapi juga menjadikannya lebih ringan. Rekaan HONOR Super Steel Hinge yang baru dibangunkan menjadikan telefon ini mampu menahan sehingga 500,000 kali lipatan tanpa sebarang kerosakan. Tambahan pula, telefon ini dilengkapi penarafan IPX8 yang menjadikannya kalis air, membolehkan pengguna kekal tenang walaupun dalam keadaan basah atau lembap.

#2: Telefon Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan

Dengan ketebalan hanya 9.2mm dan berat seberat 226g, HONOR Magic V3 memecahkan rekod sebagai telefon boleh lipat paling nipis dan ringan dalam kategorinya. Rekaan ultra-nipis ini memberikan pengalaman seperti menggunakan telefon flagship biasa, yang menjadikannya mudah dan selesa untuk digenggam dan dibawa ke mana sahaja.

Apa yang lebih menarik, telefon ini mempunyai skrin besar seperti tablet kecil atau komputer riba mini, memberikan pengalaman multitasking yang lancar. Pengguna boleh membuka hingga empat tetingkap serentak, termasuk dua tetingkap apungan, dalam mod multi-jendela. Dengan kemampuan ini, pengguna boleh melakukan pelbagai tugasan seperti membaca atau menaip mesej sambil menonton video, atau membandingkan harga di dua platform e-dagang secara serentak. Ciri ini menjadikan pengalaman penggunaan lebih produktif dan efisien.

#3: Ciri-ciri AI Dikuasakan oleh Google Cloud

HONOR Magic V3 turut dilengkapi dengan rangkaian ciri AI dari Google Cloud, termasuk Face To Face Translation, AI Eraser, dan HONOR Notes yang menjadikan penggunaan lebih pintar dan mudah.

Ciri Face To Face Translation menyokong terjemahan masa nyata dalam 10 bahasa, termasuk Bahasa Malaysia. Ini membolehkan komunikasi merentasi bahasa berlaku dengan pantas dan lancar, menjadikannya lebih mudah untuk pengguna yang sering berurusan dengan pelbagai bahasa. Hebatnya lagi, kedua-dua paparan dalaman dan luaran boleh digunakan untuk interaksi ini, memberikan fleksibiliti yang lebih tinggi.

Selain itu, ciri AI Eraser membolehkan pengguna menghapuskan objek yang tidak diingini dalam latar belakang foto dengan mudah, meningkatkan kualiti gambar tanpa perlu menggunakan aplikasi penyuntingan yang rumit. Manakala HONOR Notes pula sangat berguna untuk mereka yang sering merekod ucapan dan memerlukan transkripsi automatik ke teks. Ia juga dilengkapi teknologi penapisan bunyi latar yang memastikan hanya suara penutur yang jelas terdengar, sesuai untuk digunakan dalam suasana yang bising.

Satu lagi ciri yang memudahkan ialah Circle to Do More melalui Magic Portal, yang membolehkan pengguna melakukan multitasking dengan lebih pantas. Hanya dengan membulatkan teks atau imej menggunakan jari, pengguna boleh menyeretnya ke platform sosial atau carian Google secara terus. Lebih hebat lagi, dua Magic Portals boleh dibuka serentak, menjadikan pencarian maklumat dan perkongsian kandungan lebih mudah dan pantas.

#4: Peningkatan hebat

Telefon HONOR Magic V3 juga didatangkan dengan beberapa peningkatan yang tidak terdapat pada model sebelum ini. Dengan kebolehan membuka beberapa aplikasi, menonton video, bermain permainan mudah alih secara serentak, bateri karbon silikon generasi ketiga 5,150mAh HONOR Magic V3 ini direka untuk membolehkan penggunaan secara berterusan sepanjang hari. Ianya disokong dengan pengecasan berwayar 66W dan pengecasan pantas tanpa wayar 50W HONOR SuperCharge. 

Dari segi optik, HONOR Magic V3 tersedia dengan kamera telefoto periskop yang termaju, membolehkan fungsi zum sehingga 100X untuk menangkap objek jauh dengan kejelasan yang amat mengagumkan. HONOR Magic V3 dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform, yang mengendalikan perisian MagicOS 8.0.1 berdasarkan Android 14. 

Ketahui lebih lanjut tentang HONOR Magic V3 dengan mengunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *