HONOR MagicBook Art 14: Inovasi Kamera Magnetik AI Tingkatkan Privasi ke Tanda Aras Baharu!

HONOR, peneraju dalam dunia teknologi, terus memimpin inovasi dengan pelancaran terbaharu dalam pasaran komputer riba. Dikenali kerana mencipta rangkaian peranti yang canggih, HONOR sentiasa berusaha memenuhi pelbagai keperluan pengguna.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, HONOR telah melancarkan siri komputer riba yang mendapat sambutan hangat. Siri MagicBook X telah diiktiraf atas nilainya yang tiada tandingan, manakala Siri MagicBook N terkenal dengan kecekapan dan ketahanannya. Di samping itu, Siri MagicBook Pro telah menetapkan standard baharu untuk prestasi bertaraf flagship.

Kini, HONOR teruja untuk memperkenalkan HONOR MagicBook Art 14 dalam Siri Art terbaharu. Peranti ini menampilkan rekaan yang lebih canggih dan ringan, serta prestasi yang mengagumkan, menjadikannya pilihan ideal bagi golongan profesional dan tugasan luar.

Rekaan Berteraskan Insan Pemeraju Industri dengan Kemungkinan dan Fleksibiliti Baharu

Didorong oleh komitmen berterusannya dalam melahirkan potensi kreatif di samping mengutamakan privasi pengguna, HONOR mengangkat falsafah rekaan berteraskan insan secara transformatif yang membuka pintu kepada peluang serba baharu dan fleksibiliti kepada pengguna. Dengan meletakkan keperluan individual dan pengalaman pada teras inovasinya, HONOR memperkenalkan rekaan Kamera Magnetik AI yang pertama daripada jenama ini, kamera komputer riba bentuk baharu yang menampilkan rekaan pasang tanggal dan mangnetik.

Inovasi kamera memberikan kuasa kepada pengguna agar merak boleh memperibadikan tetapan mereka, meningkatkan lagi ciri privasi dan kepelbagaian berbanding kamera komputer riba yang sedia ada. Dalam melakukan semua ini, HONOR berhasrat memberi inspirasi kepada pengguna untuk menerokai cita-cita kreativiti mereka, seterusnya mengubah interaksi dengan teknologi.

Kamera Magnetik AI Pasang Tanggal Yang Revolusionari

Rekaan Kamera Magnetik AI HONOR mentakrifkan semula kemudahan dan kefungsian dengan rekaan pasang tanggal dan boleh dipusingkan. Semasa dihubungkan, kamera termaju ini menyokong kesambungan magnetic dua hala, membolehkan pengguna merakamkan imej dekat semasa bermesyuarat temuramah atas talian, walaupun peserta berada di belakang skrin komputer riba. Dengan keupayaan flip 180 darjah, pengguna boleh menyelaras fokus secara mudah, meningkatkan lagi fungsi serba boleh serta membolehkan memperibadikan tetapan gambar dan video mereka bagi memenuhi kemahuan individu.

Direka dengan mementingkan privasi pengguna, kamera ini boleh ditanggal dan disimpan dalam ruang khusus yang selamat di sisi komputer riba tersebut. Rekaan hebat ini memberikan kawalan langsung tentang fungsi kamera semasa digunakan kepada pengguna, satu kebimbangan biasa dengan kamera terbina. Oleh yang demikian, rekaan Kamera Magnetik AI ini menawarkan penyelesaian yang lebih dipercayai bagi perlindungan privasi berbanding kamera pada komputer riba tradisional.

Bagi menegaskan lagi kepentingan privasi, HONOR Malaysia telah kongsikan sebuah video di laman rasmi Facebook, memaparkan kebimbangan seorang pengguna tentang privasi dirinya yang terdedah melalui kamera komputer riba miliknya. Pada akhir video, pengguna ini mengambil keputusan untuk bertukar kepada HONOR MagicBook Art 14 dan dia sudah tidak lagi bimbang memikirkan privasinya berpotensi diceroboh.

Bezel Ultra-nipis Berukuran Hanya 2.2mm

Selain meningkatkan lagi privasi pengguna, Kamera Magnetik AI pasang tanggal tersebut membolehkan bentuk bezel HONOR MagicBook Art 14 menjadi ultra-nipis dengan hanya setebal 2.2mm selain paparan mencapai seluas 14.6 inci dengan nisbah skrin ke badan pada 97%. HONOR MagicBook Art 14 menghebatkan lagi setiap video, pembentangan, dan pengalaman bermain, memastikan pengguna menikmati visual yang mengagumkan dan imersif, sama ada unutk main atau kerja.

HONOR MagicBook Art 14 Kini Tersedia Di Seluruh Negara

HONOR MagicBook Art 14 boleh dibeli di kedai seluruh negara pada harga RM5999. Komputer riba berkuasa tinggi ini dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ Ultra 5 125H dan Intel® Arc™ Graphics. Dilengkapi dengan RAM 16GB dan storan 1TB, komputer riba ini tersedia dalam warna Emerald Green yang menawan.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR MagicBook Art 14, ikuti laman rasmi Facebook atau laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *