Tiga Gadis, Ribuan Impian: Perjalanan Hidup Mereka

‘Gadis dan Angan-Angan’ membawa penonton meneroka dunia ceria tiga gadis yang berangan setinggi langit, meskipun menghadapi realiti hidup yang mencabar.

Mereka menunjukkan bahawa angan-angan tidak mengenal batasan, baik status mahupun usia! Bersedialah untuk terhibur dengan drama ini yang pasti akan mengundang gelak tawa sambil membuat anda tertanya-tanya, angan-angan apa yang akan muncul seterusnya? Bersiaplah untuk menikmati perjalanan hidup tiga sahabat karib – Mila, Fida, dan Jue, yang memiliki satu kesamaan: kecintaan mereka terhadap angan-angan!

Tanpa disangka ketika mengemas rumah orang, hidup tiga sahabat asyik membayangkan diri sebagai CEO syarikat besar! Inilah gambaran dunia berwarna-warni yang akan ditawarkan dalam ‘Gadis dan Angan-Angan’, drama terbaru yang akan disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 28 September 2024, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Bagi yang tidak sabar, episod baharu boleh distrim 24 jam lebih awal di Tonton.

hidup

Menggabungkan elemen komedi santai dengan tema remaja, drama ini memperkenalkan tiga bintang muda berbakat: Riena Diana, Bella Dowanna, dan Arena Wan. Mereka memainkan watak Mila (Riena Diana), Fida (Arena Wan), dan Jue (Bella Dowanna), yang dikenali sebagai ‘Gadis Jenin’ kerana daya imaginasi mereka yang tiada had. Meskipun mereka masih pelajar tingkatan enam, ketiga-tiga gadis ini bekerja sambilan sebagai cleaner selepas sekolah demi membantu keluarga. Kehidupan mereka penuh cabaran, tetapi impian tentang masa depan yang lebih cerah sentiasa menghiasi hari-hari mereka, menjadikan setiap babak seperti skrip filem yang menarik!

Cuba bayangkan, ketika berbual di kelas, mereka mengimpikan menjadi detektif terkenal yang menyelesaikan misteri dunia. Atau, saat mengelap cermin, mereka membayangkan diri sebagai doktor bedah yang menyelamatkan nyawa. Memang kreatif dan menghiburkan!

Sebagai anak sulung dalam keluarga besar, mereka berusaha keras menjalankan tanggungjawab sambil memasang impian agar usaha mereka akan membuahkan hasil suatu hari nanti.

Kisah mereka bermula apabila percintaan di bangku sekolah hancur apabila kekasih masing-masing melanjutkan pengajian dan menemukan cinta baru. Walaupun hati mereka remuk, Mila, Fida, dan Jue tidak membiarkan kekecewaan menghentikan langkah mereka. Mereka tetap ceria dan berjaya menamatkan peperiksaan STPM bersama, walaupun berdepan pelbagai cabaran sambil bekerja sambilan.

Keputusan STPM menjadi satu rahsia besar, di mana mereka merahsiakan hasil tersebut agar tidak mengecewakan sahabat. Maka, mereka berpura-pura tidak cemerlang dan menyalahkan kesibukan belajar dan kerja sambilan. Namun, di sebalik semua itu, mereka telah memohon ke universiti pilihan tanpa pengetahuan antara satu sama lain. Apa yang berlaku pada hari pendaftaran universiti adalah kejutan besar. Adakah kejayaan ini membawa kebahagiaan atau sebaliknya, membuka tirai kepada rahsia yang lebih dalam yang akan menguji kekuatan persahabatan mereka?

tiga

Setiap episod menampilkan plot yang ringan dan pelbagai telatah mencuit hati, pasti membuat penonton tertanya-tanya tentang perjalanan kisah mereka. Di samping menghiburkan, ‘Gadis dan Angan-Angan’ juga mengandungi mesej penting tentang pendidikan, ketekunan, dan persahabatan.

Riena Diana menyatakan, “Membawa watak Mila dalam ‘Gadis Dan Angan-Angan’ adalah pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Sebagai anak sulung, saya merasai setiap lapisan emosi Mila secara mendalam. Dia bukan sekadar gadis yang berani mengejar impian di tengah kesukaran, tetapi simbol kekuatan dan ketahanan yang jarang ditemukan dalam watak remaja. Setiap cabaran, kesedihan, dan harapan yang dilalui Mila, serta tanggungjawab berat yang dipikulnya, mencerminkan perjalanan saya sendiri sebagai anak sulung.”

Beliau juga mengharapkan agar drama ‘Gadis Dan Angan-Angan’ menerima sambutan yang luar biasa. Walaupun terdapat elemen komedi, drama ini tetap menonjolkan isu-isu penting yang memberi inspirasi kepada penonton, kerana setiap episod memaparkan perjalanan hidup yang realistik, di mana kita semua pernah menghadapi kekecewaan dan mengharapkan masa depan yang lebih cerah.

Selain itu, drama ini juga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Didie Alias, Ashraf Muslim, Bell Ngasri, Ozlynn, Azlee Khairi, Azrul Zaidi, Nadiya Nisaa, Amyza Aznan, Aleza Shadan, dan ramai lagi.

Apakah kerjaya atau angan-angan mereka kali ini? Dari menjadi polis trafik hingga ke SPRM, doktor hingga hartawan kaya, setiap episod pasti akan menceriakan wajah anda dengan pengajaran dan teladan yang tersirat dalam setiap angan-angan mereka! Jangan lepaskan peluang untuk menonton komedi ringan yang menyentuh tentang kegigihan, impian, dan keazaman anak muda dalam menghadapi realiti hidup. Saksikan bagaimana gadis-gadis ini menggunakan imaginasi untuk mengatasi masalah dan bagaimana mereka berjuang sebagai pelajar yang bekerja keras demi masa depan yang lebih cerah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *