HOMESOY 3.0 Lancar “STOP THAT DOT” Cegah Kanser Payudara

HOMESOY, jenama susu soya terkenal di bawah naungan Ace Canning Corporation Sdn Bhd, telah melancarkan kempen kesedaran baharu, HOMESOY 3.0 “STOP THAT DOT”, bagi meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara dan menggalakkan pengesanan awal di kalangan wanita Malaysia. Pelancaran kempen ini bukan hanya menekankan kebaikan kacang soya dalam pemakanan, tetapi juga bertujuan memperkasakan wanita untuk bertindak lebih awal dalam mencegah kanser payudara.

Kempen ini dilancarkan dengan mesej simbolik melalui Pink Ball “STOP THAT DOT” yang menggambarkan sel kanser payudara. Seperti sel kanser yang hanya sebesar titik pada awal pengesanan, ia boleh menjadi ancaman besar sekiranya tidak dikesan dan diatasi segera. HOMESOY menyeru semua wanita untuk menjalani saringan awal, kerana dengan pengesanan awal, peluang untuk pulih dari kanser payudara meningkat secara drastik.

Kempen ini turut mempersembahkan sebuah filem yang menyentuh perasaan dan mengandungi kisah para ‘survivor’ kanser payudara, di samping maklumat mengenai inisiatif melalui laman mikro kempen. Melalui laman mikro ini, pengguna dapat menyokong kempen STOP THAT DOT dengan hanya satu klik, sekaligus menyumbang kepada usaha mempromosikan pengesanan awal kanser payudara.

Dedikasi Terhadap Pengesanan Awal dan Sokongan kepada Wanita

Pada majlis pelancaran yang diadakan di Le Meridien, Petaling Jaya, Pengarah Pemasaran Ace Canning Corporation Sdn Bhd, Chang Wan Ping menekankan komitmen HOMESOY dalam memperjuangkan kesihatan wanita. “Kanser payudara bukan hanya perjuangan individu, tetapi melibatkan keluarga dan masyarakat. Melalui kempen STOP THAT DOT, kami ingin memberi peringatan bahawa pengesanan awal merupakan kunci penting dalam memerangi kanser payudara.”

Wan Ping juga berkongsi bagaimana HOMESOY 3.0 bukan sahaja susu soya yang enak tetapi juga menyumbang kepada kesihatan wanita. Dengan kerjasama bersama Cancer Research Malaysia (CRMY), HOMESOY turut berusaha untuk membanteras salah faham mengenai hubungan antara pengambilan soya dan kanser payudara. Wan Ping menambah, “Kami ingin menyediakan maklumat yang tepat mengenai pemakanan soya, dan memperkasakan wanita untuk membuat keputusan yang tepat dalam mencegah risiko kanser payudara.”

Kisah Inspirasi dari Para ‘Survivor’

Salah satu tarikan utama dalam kempen ini adalah kisah enam wanita Malaysia yang berjaya melawan kanser payudara. Kisah-kisah ini dipersembahkan melalui filem kempen yang dihasilkan oleh HOMESOY dengan kerjasama Asterisk Advisory. Setiap daripada mereka berkongsi perjalanan mereka dalam mengharungi cabaran, memberikan inspirasi kepada wanita lain untuk tidak berputus asa.

stop that dot

Antara kisah yang diketengahkan adalah Tan Chieu Mei, yang menyentuh hati penonton dengan ceritanya tentang bagaimana pengesanan awal telah menyelamatkan nyawanya. “Saya sangat bersyukur kerana menjalani saringan awal yang membolehkan saya bertindak cepat. Ia memberi peluang kepada saya untuk melawan kanser ini,” kata Chieu Mei, yang menggesa setiap wanita untuk mengambil serius soal pengesanan awal.

Manfaat Soya dalam Mencegah Kanser Payudara

Dalam kempen ini, HOMESOY turut berkongsi maklumat penting mengenai manfaat soya dalam pemakanan. Menurut Profesor Dr. Cheong Sok Ching dari CRMY, kajian menunjukkan bahawa isoflavon soya boleh memberikan kesan perlindungan terhadap kanser payudara. “Soya mengandungi isoflavon, sejenis fitoestrogen, yang mampu bersaing dengan estrogen semula jadi dan berpotensi mengurangkan risiko kanser payudara,” jelasnya.

HOMESOY terus memperkukuh usaha ini melalui sumbangan tahunan sebanyak RM50,000 kepada CRMY untuk menyokong penyelidikan mereka mengenai kanser payudara. Soo Sek Yow, Ketua Unit Pemakanan Soya Ace Canning, turut menjelaskan bahawa HOMESOY 3.0 dirumuskan dengan kandungan protein soya yang lebih tinggi, yang menyokong manfaat kesihatan wanita secara menyeluruh.

Kerjasama untuk Peningkatan Kesedaran

Bagi memaksimumkan impak kempen ini, HOMESOY bekerjasama dengan lebih daripada 20 hospital swasta untuk menawarkan pek percuma HOMESOY 3.0 kepada setiap individu yang menjalani saringan payudara sepanjang kempen. Kempen ini akan berlangsung dari 7 Oktober hingga akhir bulan, dengan sokongan daripada pelbagai rakan kongsi untuk menyebarkan mesej kesihatan ini kepada lebih ramai wanita di seluruh negara.

HOMESOY menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai gerakan STOP THAT DOT dengan memberi sokongan kepada orang tersayang, berkongsi mesej kesedaran, dan memastikan wanita menjalani saringan awal. Setiap tindakan kecil, termasuk menjalani ujian mamogram, boleh menyelamatkan nyawa.

Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di laman mikro STOP THAT DOT di http://www.stopthatdot.homesoy.my, serta maklumat lanjut mengenai produk HOMESOY di http://www.homesoy.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *