Fuse Creative Digital Media Membawakan ASMARA LOKA 2024!

Fuse Creative Digital Media kini bersedia untuk membawa penggemar muzik ke satu lagi pengalaman yang luar biasa. Mereka dengan penuh semangat akan menganjurkan ASMARA LOKA, sebuah acara muzik yang ditunggu-tunggu, yang dijadualkan berlangsung pada 9 November 2024 di Ipoh Convention Centre, Ipoh, Perak.

Setelah menempuh kejayaan gemilang dengan acara Kotak Muzik Kita yang diadakan di Galasa Caldwell, Ipoh tahun lalu, serta siri jelajah Pentas Healing yang menyaksikan kerjasama bersama komuniti Gamon Society di pelbagai lokasi termasuk Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Melaka.

ASMARA LOKA akan menyajikan sebuah konsep acara muzik indoor yang intim dan eksklusif, di mana penonton dapat merasai kehangatan dan keunikan setiap persembahan. Barisan artis terkenal tanah air seperti 6IXTHSENSE, INSOMNIACKS, DRAMABAND, dan AIZAT AMDAN akan menghiasi pentas, menjanjikan persembahan yang tidak hanya memukau tetapi juga menyentuh emosi. Fuse Creative Digital Media berharap ASMARA LOKA akan menjadi acara yang merangkumi segala cita rasa muzik, terutamanya bagi mereka yang mengikuti trend “Galau” dan “Healing” yang kini mencuri tumpuan di platform media sosial seperti TikTok, Facebook, dan Instagram. Acara ini khususnya menyasar kepada generasi muda yang sentiasa terhubung dengan dunia muzik dan ingin menyelami pengalaman yang lebih mendalam.

Sebagai sebahagian daripada kempen Tourism Perak, yang berjudul Travel to Perak 2024, ASMARA LOKA juga berperanan penting dalam mempromosikan bandar Ipoh, yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Creative City of Music. Dengan penganjuran acara ini, diharapkan dapat menarik lebih ramai belia dari seluruh negara untuk melawat Perak dan merasai keindahan serta kepelbagaian budaya muzik yang ada. ASMARA LOKA diharapkan menjadi pemangkin bagi pertumbuhan sektor pelancongan serta menyemarakkan lagi industri hiburan di negeri ini.

Fuse Creative Digital Media

Syahril Husny, yang lebih dikenali sebagai Aril, selaku Pengarah Projek ASMARA LOKA, menjelaskan betapa pentingnya acara ini untuk dilaksanakan dan menyentuh pelbagai pihak. Beliau menyatakan, “Sebagai wakil daripada FUSE, saya sangat berharap ASMARA LOKA bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan bakat-bakat hebat tanah air, tetapi juga sebagai titik pertemuan bagi penggemar muzik yang menghargai dan menikmati trend muzik semasa. Kami yakin bahawa acara ini akan menjadi mercu tanda dalam kalendar acara muzik Malaysia dan seterusnya memberikan impak positif kepada industri pelancongan serta ekonomi setempat.”

Sejak pembukaan jualan tiket pada 6 Ogos 2024, yang boleh dibeli di laman web www.ticket2u.com, terdapat dua kategori tiket yang ditawarkan, iaitu RM98 untuk ZONA PATAH HATI dan RM128 untuk ZONA MATI RASA. Dalam waktu yang singkat, sebanyak 60% tiket telah pun terjual, menunjukkan minat yang tinggi daripada peminat muzik untuk menyaksikan acara ini.

Menjawab permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan komuniti, penganjur kini memperkenalkan pilihan tiket combo untuk kategori ZONA PATAH HATI. Terdapat dua pilihan menarik untuk peminat: “Tiket Duo” yang dijual pada harga RM226 untuk dua orang dan “Tiket Kumpulan” yang berharga RM432 untuk empat orang. Jualan bagi tiket combo ini akan bermula pada 11 Oktober 2024, memberi peluang kepada lebih ramai penggemar untuk merasai pengalaman unik ini secara berkumpulan.

Dengan pelbagai tawaran yang menarik dan pengalaman muzik yang luar biasa, ASMARA LOKA diharapkan akan mencipta kenangan manis dan memperkukuhkan ikatan antara penggemar muzik di seluruh negara. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman yang tidak boleh dilupakan ini di ASMARA LOKA! Mari kita merayakan keindahan muzik dan membina kenangan bersama dalam suasana yang intim dan eksklusif.

BUTIRAN ACARA

Tarikh           : 9 November 2024

Masa              : 8.00pm – 11.00pm

Tempat         : Ipoh Convention Centre, Ipoh Perak

Artist             : 6IXTHSENSE, INSOMNIACKS, DRAMABAND, AIZAT AMDAN

 

Harga Tiket Festival            : Zona Patah Hati – RM98.00

                                               : Zona Mati Rasa – RM128.00

Laman Web Tiket Rasmi    : www.ticket2u.com.my

Penganjur                              : FUSE CREATIVE DIGITAL MEDIA

Rakan Penggurusan            : ATAS ANGIN

Disokong Oleh                      : PERAK TOURISM 

Rakan Komuniti                   : MESCO

Rakan Hotel Rasmi              : HOTEL CASUARINA

Rakan Radio Rasmi             : HOTFM

Rakan Media Digital           : ASTRO GEMPAK

Rakan Strategik                    : ANTS & BEES DAN QUENNAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *