Qodrat 2: Sekuel Seram yang Dinantikan Akan Menyerang Pawagam Malaysia!

Qodrat 2

Astro Shaw dan MAGMA Entertainment kini mengukuhkan kerjasama mereka dalam industri perfileman dengan pengumuman sekuel terbaru bagi filem seram yang mencuri perhatian, Qodrat 2. Selepas kejayaan luar biasa filem pertama yang ditayangkan pada tahun 2022, Qodrat telah mencatatkan lebih 1.7 juta penonton dan kutipan box office yang mencecah IDR60 bilion (USD 5.3 juta) di Indonesia, serta meraih RM6 juta di pawagam Malaysia.

Berdasarkan sambutan positif yang diterima Qodrat 2 dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam Malaysia pada suku pertama tahun hadapan. Pihak Astro Shaw dan MAGMA Entertainment baru-baru ini menandatangani perjanjian MoU di MIPCOM Cannes, Perancis, sebagai langkah untuk memperkukuhkan kerjasama dalam menghasilkan karya berkualiti tinggi untuk penonton serantau.

Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif Qodrat 2 dan Ketua Astro Shaw, menyatakan, “Kami sangat teruja untuk meneruskan legasi Qodrat bersama MAGMA Entertainment. Kami percaya kekuatan jalan cerita dan elemen seram yang mendalam akan memberikan pengalaman sinematik yang lebih mendebarkan kepada penonton.”

Qodrat 2 akan melanjutkan kisah Qodrat, seorang ustaz yang terlibat dalam ilmu rohani (Ruqyah) dalam misi menyelamatkan isterinya, Azizah, yang telah menjual jiwanya kepada syaitan Asu’ala untuk menyelamatkan anak mereka, Alif.

Filem ini akan diarahkan oleh Charles Gozali, pengarah yang sama bagi filem pertama, dengan penglibatan semula pelakon utama Vino G. Bastian dan kemunculan pelakon baru seperti Acha Septriasa, Della Dartyan, dan Dony Alamsyah.

Bagi peminat genre seram, Qodrat 2 pastinya menawarkan pengalaman menakutkan yang tidak boleh dilepaskan. Ikuti perkembangan terbaru filem ini melalui media sosial Astro Shaw dan bersiaplah untuk merasai pengalaman seram yang mendebarkan pada tahun hadapan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *