Dua Dekad Dalam Industri, Nidji Hadiahkan Konsert Istimewa Buat Peminat Malaysia

Setelah lebih dua dekad bertapak dalam industri muzik Indonesia, Nidji tetap kukuh dan terus memikat hati para peminat dengan cara mereka yang tersendiri.

Terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Hapus Aku, Sang Mantan, dan Disco Lazy Time, kugiran ini semakin mencuri perhatian, terutamanya melalui lagu terbaru mereka Sumpah Dan Cinta Matiku, yang kini menjadi fenomena di aplikasi TikTok. Keberhasilan lagu tersebut telah membantu Nidji meraih populariti semula, membuktikan bahawa muzik mereka masih relevan meskipun telah berusia lebih dua dekad.

Dilancarkan pada tahun 2002, Nidji adalah antara kugiran paling berpengaruh di Indonesia dan telah meraih banyak kejayaan sepanjang perjalanan kerjaya mereka. Lagu mereka Sumpah Dan Cinta Matiku yang digunakan sebagai runut bunyi untuk filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck pada tahun 2013 memperlihatkan sisi muzik mereka yang terus berkembang dan memberi impak besar kepada industri muzik di Nusantara.

Kini, selepas melalui pelbagai persembahan dan berkolaborasi dengan ramai pemuzik di pelbagai festival, Nidji bersedia untuk mengadakan konsert solo pertama mereka di Malaysia. Dengan semangat dan dedikasi yang tinggi, Nidji bakal menghadiahkan peminat mereka sebuah konsert bersejarah sempena ulang tahun ke-23 penubuhan mereka dalam industri muzik. Konsert yang diberi nama Nidji 2.3: The New Chapter ini akan berlangsung pada 2 Februari 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Konsert ini dijangka akan menjadi pembukaan terbaik bagi tahun 2025, di mana peminat tidak hanya akan disajikan dengan lagu-lagu popular dari album mereka yang terdahulu, tetapi juga karya terbaru yang akan dilancarkan dalam album baru mereka pada bulan November ini. Nidji 2.3: The New Chapter bukan hanya sebuah konsert biasa, ia adalah satu penghargaan terhadap perjalanan muzik Nidji yang telah berusia lebih 23 tahun, sekaligus sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang setia.

Bukan hanya peminat lama yang akan merasai nostalgia, tetapi konsert ini juga bertujuan untuk mengenalkan Nidji kepada generasi baharu yang semakin mengenali kugiran ini melalui platform media sosial seperti TikTok. Lagu Sumpah Dan Cinta Matiku yang menjadi viral di TikTok merupakan contoh bagaimana muzik Nidji masih mampu meraih perhatian dari golongan muda, dan Nidji 2.3: The New Chapter memberikan peluang untuk mereka menyaksikan kekuatan Nidji secara langsung di atas pentas.

Nidji

Menurut Daniel Harith dari MND Sport & Event, penganjur konsert ini, idea untuk membawa Nidji ke Malaysia muncul selepas melihat populariti band ini yang semakin berkembang dan banyak terlibat dalam festival muzik serta persembahan bersama pemuzik lain. Dengan jumlah lagu hits yang cukup banyak, serta kredibiliti mereka sebagai kugiran hebat di Nusantara, pihak penganjur yakin bahawa Nidji 2.3: The New Chapter akan menjadi satu konsert yang tidak boleh dilepaskan.

Pihak Nidji pula menyatakan rasa teruja mereka kerana akhirnya berpeluang mengadakan konsert solo selepas bertahun-tahun tidak tampil di pentas besar. “Konsert ini bukan sahaja untuk peminat lama tetapi juga untuk generasi baharu yang mungkin belum merasai pengalaman menyaksikan kami di atas pentas. Dengan tema The New Chapter, kami ingin menyambut era baru bersama peminat, serta mempersembahkan lagu-lagu baru yang pastinya memberi satu pengalaman berbeza,” ujar vokalis Yusuf Ubay.

Dengan tiket yang berharga bermula dari RM168 (CAT 1) sehingga RM258 (VIP), peminat boleh membeli tiket melalui ILASSOTICKETS bermula 8 November 2024. Jualan tiket yang dibuka pada jam 3 petang ini dijangka akan mendapat sambutan hebat, jadi jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah konsert besar Nidji di Malaysia.

Nidji 2.3: The New Chapter adalah konsert yang wajib dihadiri oleh semua peminat muzik yang mencintai karya-karya legendaris dari Nidji. Jangan lupa, tarikh 2 Februari 2025 adalah hari yang akan membawa kenangan manis buat semua peminat di Axiata Arena.

INFORMASI

ARTIS: NIDJI

ACARA: NIDJI 2.3: THE NEW CHAPTER

TARIKH: 2 FEBRUARI 2025 

LOKASI: AXIATA ARENA, BUKIT JALIL

PENGANJUR: MND SPORT & EVENT

HARGA TIKET: CAT 1(RM168), CAT 2 (RM108), VIP (RM258), GENERAL ADMISSION (RM158), MEET & GREET PASS (RM198)

PEMBELIAN TIKET: ILASSOTICKETS

RAKAN MEDIA: ERA FM, SINAR FM DAN ASTRO GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *