Media Prima bakal menggegarkan sambutan Tahun Baharu Cina 2025 dengan kempen terbarunya ‘Sempurna Sekali’ yang penuh dengan kegembiraan dan keceriaan. Menerusi kempen ini, dua maskot baharu, Hoseh dan Waseh, akan menyemarakkan perayaan dengan membawa mesej positif mengenai kekayaan dan kebahagiaan. Dikenali sebagai simbol bagi perubahan, kebijaksanaan, dan kecekalan dalam budaya Cina, ular yang melambangkan tahun ini akan menjadi fokus utama kempen, menyampaikan semangat untuk menghadapi cabaran hidup dengan penuh kesabaran dan fleksibiliti.
Kempen yang diterajui oleh 8TV, saluran bahasa Cina No. 1 di Malaysia, turut disokong oleh pelbagai platform utama seperti Eight FM, Tonton, Rojaklah, Viralcham, Tantannews (TTN), dan WOWSHOP. Majlis pelancaran kempen yang berlangsung pada 26 November 2024 telah memperkenalkan tema kempen dan program-program hebat yang menjanjikan sambutan Tahun Baharu Cina yang luar biasa dan meriah.
Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih meriah dengan kehadiran dua maskot Hoseh dan Waseh. Hoseh mewakili kekayaan, manakala Waseh menggambarkan kebahagiaan. Menggunakan ular sebagai simbol utama, maskot ini menggambarkan kebijaksanaan dan perubahan yang membawa kepada kecekalan dan kejayaan dalam kehidupan. Kempen ini bertujuan menyampaikan mesej optimis untuk menyambut tahun baharu dengan semangat yang tinggi.
Untuk menambah kemeriahan, Media Prima memperkenalkan koleksi barangan edisi terhad yang boleh didapati di pasaran. Pelbagai barangan seperti plush toy, gelang kunci, tote bag, t-shirt, cop, tuala, dan sarung kaki yang memaparkan maskot Hoseh dan Waseh kini tersedia untuk dibeli di Kedai Buku Popular serta melalui platform e-dagang rasmi. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi eksklusif ini sementara stok masih ada!
Sebagai sebahagian daripada kempen, 8TV mempersembahkan lagu tema ‘蛇全蛇美 Hoseh Liao (Shé-Quan-Shé-Mei Hoseh Liao)’, yang akan dinyanyikan oleh 26 CNY Buddies, termasuk pengacara terkenal dan penyampai radio. Lagu ini menggabungkan elemen K-pop dan tarian tangan yang trendy, menjadikannya sesuai dengan selera generasi muda. Antara selebriti yang turut serta dalam projek ini termasuklah Owen Yap, Gary Yap, Rickman Chia, Orange Tan, dan banyak lagi. Lagu ini dijangka mencuri perhatian ramai, terutama sekali bagi mereka yang menyukai muzik yang menghiburkan dan penuh semangat.
Berlangsung sepanjang kempen ‘Sempurna Sekali’, 8TV memperkenalkan Pertandingan MV Kreatif, yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertai. Peserta hanya perlu menghasilkan MV kreatif berasaskan lagu tema ‘Hoseh Liao’ dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM20,000. Penyertaan dibuka sehingga 7 Januari 2025. Ini adalah peluang bagi rakyat Malaysia untuk menunjukkan kreativiti mereka sambil meraih ganjaran menarik.
Tahun ini, 8TV juga menyediakan pelbagai program menarik untuk memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina, termasuk drama tempatan dan filem popular. Salah satunya adalah drama Whimsical Elf Five yang memperkenalkan pelakon muda seperti Emily Chua, Victoria Ng, Minsley Chin, dan lain-lain. Drama ini mengisahkan perjalanan lima gadis muda yang membentuk kumpulan Elf 5 dan menghadapi cabaran hidup mereka.
Tidak ketinggalan, musim kedua drama My Star Family yang penuh dengan elemen komedi juga akan menemui penonton, mengisahkan kehidupan keluarga selebriti yang belajar untuk menghargai erti kasih sayang dan perayaan. Selain itu, CNY Fun Together 2025 akan menjelajah ke pelbagai lokasi di seluruh negara, menampilkan perayaan dan aktiviti menarik bersama komuniti setempat.
Jasmine Project Love kembali untuk musim kedua, mengangkat kisah inspirasi dan memberi tumpuan kepada golongan istimewa. Dalam episod khas Tahun Baharu Cina, program ini menampilkan Ong Ching Yee, Owen Yap, dan Chan Wei Wei yang menyambut perayaan bersama mereka di Beacon Life Training Centre.
Selain itu, program CNY Showdown 2025 pada malam pertama Tahun Baharu Cina akan menampilkan hiburan menarik, termasuk persembahan istimewa dan cabaran angpau bersama selebriti terkenal. Program lain yang turut memeriahkan suasana termasuklah A New Journey CNY Special, Ho Chak! CNY Special, As You Wish 2025, dan CNY Feng Shui 2025.
Kempen ‘Sempurna Sekali’ ini juga mendapat sokongan daripada penaja-penaja seperti Kinohimitsu, Loong Kee Dried Meat, Ensure Gold, Jasmine Food, dan banyak lagi. Bagi yang ingin mengikuti perkembangan terkini kempen ini, layari akaun rasmi 8TV di Facebook (@8TVbadukongjian), Instagram (@8tvmalaysia), dan media sosial lain untuk maklumat lanjut.
Sertai perbualan hangat di media sosial dengan hashtag #CNYHoSehLiao dan raikan Tahun Baharu Cina dengan penuh keceriaan dan kreativiti bersama Media Prima!