Calpis Soda One In A Million Catat Trending Nombor Satu dan Pecahkan Rekod Media Sosial!

Malam pembukaan rancangan realiti paling dinantikan, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), telah mencuri perhatian dan mencipta fenomena luar biasa di seluruh negara. Dengan aura memukau, episod pertama program ini menyaksikan kemunculan bekas juara One In A Million, ikon legenda kumpulan KRU, serta aksi hebat daripada 20 peserta luar biasa. Persembahan penuh tenaga ini terus melonjakkan hashtag #OIAM ke trending nombor 1 di platform “X”, mencapai lebih 700 juta capaian media sosial dalam masa satu malam. CSOIAM bukan sekadar pertandingan realiti, tetapi sebuah fenomena yang menyatukan peminat muzik tanah air.

CSOIAM terus mengungguli carta populariti, membuktikan pengaruhnya sebagai rancangan realiti paling berprestij di Malaysia. Angka capaian yang mengagumkan menunjukkan kemampuan program ini menarik penonton yang lebih luas di pelbagai platform. Interaksi tinggi daripada penonton menjadikan setiap episod lebih bermakna, membuktikan CSOIAM sebagai acara wajib tonton untuk peminat muzik tempatan.

Daripada 20 peserta terpilih, hanya 14 berjaya mara ke minggu kedua selepas melalui proses penilaian ketat. Barisan juri tetap yang terdiri daripada Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan memberikan penilaian berdasarkan persembahan pentas (70%) dan saringan awal (30%). Minggu pertama ini turut menyaksikan detik dramatik apabila Rezza Shah diberikan imuniti pada saat akhir, melengkapkan senarai Top 14.

Antara persembahan paling mencuri perhatian adalah Zazzleen dengan lagu “I’m Outta Love”, manakala gelaran Peserta Paling ‘FIZZ’ menjadi milik Kai Deva, yang akan berduet bersama Datuk Nash pada minggu hadapan.

Pada minggu kedua, 14 peserta yang tinggal akan mempersembahkan lagu-lagu hit lama yang diberi nafas baru. Saksikan kreativiti mereka dalam mencipta X-faktor yang memukau penonton dan juri. Siaran eksklusif ini akan berlangsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di TV3, atau strim secara HD di Tonton di http://tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.

Bermula episod kedua, keputusan mingguan akan bergantung pada gabungan 60% markah juri profesional dan 40% undian penonton. Penonton boleh mengundi secara percuma dengan mendaftar di Tonton, atau menambah undian melalui pembelian produk Calpis di Shopee.

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik, termasuk sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 setiap minggu! Untuk menyertai, imbas kod QR yang dipaparkan semasa sela iklan, jawab soalan dengan tepat, dan mungkin anda menjadi pemenang bertuah.

Program ini adalah hasil kerjasama strategik antara Calpis Soda, TV3, dan Tonton, dengan sokongan daripada PEUGEOT, Yes5G, dan OPPO. Ia turut dimeriahkan oleh rakan digital seperti SAYS, OhBulan!, XTRA, dan Seismik, serta rakan radio, Hot FM dan Fly FM.

Ikuti sorotan eksklusif Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal yang akan bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam bermula 26 Disember. Untuk berita terkini, ikuti media sosial rasmi di @CalpisSodaOIAMTV3 dan rasai kemeriahan musim ini bersama Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat pilihan anda! Jangan lupa saksikan keajaiban persembahan peserta Top 14 minggu hadapan.