KRU Bawa Nostalgia di Pentas Calpis Soda One In A Million

Malam pertama Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) menyaksikan satu pentas istimewa yang penuh dengan kejutan dan kemeriahan! Dengan persembahan luar biasa dari kumpulan legendaris KRU, konsert ini mencipta kenangan manis yang tidak akan dilupakan. KRU, yang terkenal dengan gabungan pop dan hip-hop, menghidupkan kembali kegemilangan mereka melalui lagu-lagu hits seperti Voodoo, Terhangat Di Pasaran, dan Fanatik. Persembahan mereka yang energetik, lengkap dengan koreografi mantap dan visual memukau, berjaya memikat hati penonton dan membangkitkan semula demam KRU yang sudah lama dinantikan.

Ditubuhkan pada 1992, KRU terus relevan dengan inovasi dalam industri muzik Malaysia, dan penampilan eksklusif mereka di pentas CSOIAM memberi peluang kepada peminat untuk melihat perkembangan terkini projek muzik mereka. Kehadiran KRU bukan sekadar sebuah penghormatan kepada warisan muzik mereka, tetapi juga menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai pengaruh besar dalam dunia hiburan.

CSOIAM, yang dimulakan dengan penuh kejutan, terus memukau penonton dengan kehadiran bekas juara One In A Million dari musim-musim terdahulu serta aksi 20 peserta yang luar biasa. Episod pertama ini menampilkan persaingan sengit di antara peserta, dengan hanya 14 peserta terbaik berjaya mara ke minggu kedua. Sayangnya, beberapa peserta seperti Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther, dan Jill Gaisah terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal.

Tidak hanya itu, CSOIAM terus mendominasi carta populariti, membuktikan kemampuan program ini menarik perhatian penonton dari pelbagai lapisan masyarakat. Dengan lebih daripada 700 juta capaian di media sosial dan hashtag #OIAM trending di nombor 1 di platform X, CSOIAM bukan lagi sekadar rancangan realiti, tetapi fenomena yang menyatukan peminat muzik di seluruh Malaysia. Program ini menguasai pelbagai platform media, menunjukkan pengaruhnya yang besar dan daya tarikannya yang tak terbendung.

Untuk minggu hadapan, tema ‘Melodi Indah, Segar Membara’ akan menguji peserta top 14 dengan lagu-lagu hit yang diberi nafas baru. Penonton boleh menyaksikan detik-detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3 setiap Ahad pada jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton melalui laman rasmi. Jangan lepaskan peluang untuk melihat bakat luar biasa peserta-peserta ini secara langsung.

Peminat juga berpeluang untuk mengundi peserta kegemaran mereka dan memenangi sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 setiap minggu. Melalui Tonton, anda boleh mengundi secara percuma dan meningkatkan peluang peserta kegemaran anda dengan membeli Calpis di Shopee untuk mendapatkan tambahan undian. Pastikan anda bersedia untuk memberikan sokongan penuh kepada peserta pilihan anda, kerana undian anda mungkin menjadi penentu kejayaan mereka!

Selain itu, peminat juga boleh mengikuti sorotan eksklusif melalui “Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal” yang akan disiarkan setiap Khamis hingga Sabtu, bermula 26 Disember, untuk mendapatkan maklumat terkini tentang peserta-peserta dan perjalanan CSOIAM. Jangan lupa ikuti @CalpisSodaOIAMTV3 di semua platform media sosial untuk terus mengikuti perkembangan program ini!

Nikmati kesegaran dan keunikan rasa dari Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat pilihan anda untuk musim ini, sambil menyaksikan keajaiban CSOIAM yang penuh dengan bakat dan kejutan!