LATEST

CSOIAM PERTAHANKAN POSISI, 6 MINGGU BERTURUT-TURUT TRENDING DI PLATFORM X!

Minggu ini, Calpis Soda One in a Million (CSOIAM) menyajikan episod yang penuh dengan kejutan, drama, dan persembahan luar biasa daripada Top 6. Bersama artis-artis ternama seperti Marsha Milan, Shiha Zikir, Aisha Retno, Haqiem Rusli, Khai Bahar, dan Amir Masdi, episod keenam terus menjadi bualan hangat di platform X yang terus trending untuk minggu keenam berturut-turut! CSOIAM menampilkan persembahan bertenaga yang benar-benar Saling Menyengat, Fizz Sangat!

Episod ini bermula dengan penuh semangat apabila Alif Satar & The Locos membawa lagu Anugerah Terindah dan Inikah Cinta dengan bertenaga. Tidak berhenti di situ, Top 6 membawakan medley Bollywood Aankhein Khuli dan Koi Mil Gaya, mencipta suasana meriah di pentas dengan gaya Bollywood yang memukau. Energi mereka sungguh luar biasa, memberikan persembahan yang penuh pesona dan kegembiraan!

Salah satu duet yang benar-benar menggegar adalah Marygrace bersama Aisha Retno dengan lagu Sinaran. Persembahan mereka yang penuh tenaga mendapat pelbagai reaksi daripada juri. Cakra Khan memuji vokalnya tetapi menegur sedikit aspek projeksi suara, sementara Alif Satar memuji keyakinan Marygrace di pentas. Dato’ Yusry dan Ziana Zain memberi kritikan membina, menasihatkan agar Marygrace tampil lebih segar menjelang finale.

Kai Deva turut memukau penonton bersama Haqiem Rusli dalam duet Di Alam Fana Cinta. Persembahan ini membawa emosi mendalam dan membuatkan ibu Kai Deva mengalirkan air mata. Dato’ Yusry memberi pujian terhadap tone suara Kai yang unik, namun mencadangkan agar lebih fokus pada harmoni.

Shiha Zikir dan Zazleen membawakan Jangan Kau Mimpi dengan penuh gaya dan keunikan. Ziana Zain memuji interaksi Zazleen yang menunjukkan profesionalisme di pentas, tetapi menegur sedikit sebutan vokalnya. Alif Satar turut menggambarkan Zazleen sebagai “Amy Winehouse Malaysia” kerana groove yang berbeza, memberikan satu dimensi baru kepada persembahan.

Duet Mariam bersama Marsha Milan menerusi lagu Cinta menjadi salah satu yang paling mengesankan. Mariam bukan sahaja mampu mengimbangi aura Marsha, tetapi berjaya mengawal pentas dengan penuh percaya diri. Cakra Khan mengakui kekuatan Mariam, memberi pujian penuh kepada kebolehannya mengimbangi aura duet ini dengan sempurna.

Duet Dua Insan Bercinta oleh Eylia dan Khai Bahar menunjukkan sisi lembut Eylia, meskipun ada sedikit kelemahan di penghujung lagu yang ditegur oleh Alif Satar. Namun, Alif tetap mengakui Eylia nampak sangat selesa di pentas.

Jimi dan Amir Masdi pula memberikan penutup yang penuh tenaga dengan lagu Nur Nilam Sari. Cakra Khan yakin bahawa Jimi mampu memberi lebih, tetapi tetap memuji pencapaian Jimi dalam mencapai not tinggi dengan sempurna. Persembahan ini mengakhiri episod dengan emosi yang sangat mendalam.

Namun, malam itu menjadi penamat untuk perjalanan Eylia Guntabid, meninggalkan hanya lima peserta terbaik yang akan mara ke separuh akhir minggu depan. Dengan tema Melodi Cerita Kita, Top 5 akan menyanyikan lagu-lagu ikonik daripada OST filem dan drama yang pasti akan mencabar mereka lebih jauh.

Persaingan semakin sengit, dan Top 5 akan terus memberi segala-galanya di setiap episod. Ingat, undian penonton menjadi faktor penentu kerana 40% keputusan ditentukan oleh penonton, manakala 60% lagi ditentukan oleh juri profesional. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan luar biasa daripada peserta Top 5 CSOIAM, dengan kejutan yang bakal menghangatkan episod seterusnya.

Saksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Ingat, peluang memenangi hadiah RM1 juta dan sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 masih ada untuk peserta yang bertuah!

Jangan lupa, Fizz Journal juga membawa sorotan eksklusif perjalanan peserta setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk bersama-sama mencipta fenomena yang luar biasa ini!

Jangan ketinggalan, teruskan undian dan sokong peserta kegemaran anda!