‘SUMPAHAN JERUNEI’ FILEM SERAM TERBARU BAKAL DITAYANGKAN DI PAWAGAM PADA 27 JULAI INI

GSC Movies dengan bangganya mengumumkan pelancaran filem seram terbaru “Sumpahan Jerunei”, sebuah karya seni yang dihasilkan oleh Warga Produksi Seni 2020. Filem ini dijangka akan ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 27 Julai 2023.

“Sumpahan Jerunei” hasil arahan Pengarah Jason Chong menjanjikan pengalaman unik dan mendebarkan. Membawa bersama barisan pelakon terkenal tanah air seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose,Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Syafiq Naswip, Tony Eusoff, dan Ruminah Sidek, kehadiran nama-nama besar dalam industri filem Malaysia ini pastinya menjanjikan persembahan yang mengesan dan memikat hati penonton.

Filem ini juga telah dipilih sebagai filem pilihan untuk Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) edisi ke-6 yang akan mengadakan Tayangan Perdana pada 20 Julai 2023, di Kuching, Sarawak. Ini menandakan satu peristiwa penting kerana ia adalah kali pertama AIFFA memilih filem tempatan untuk acara berprestij ini, seperti yang diumumkan secara rasmi oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, YB Dato’ Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

Filem “Sumpahan Jerunei” mengisahkan tentang Dr. Sani dan pasukannya yang pergi mencari isterinya yang hilang semasa ekspedisi untuk mengkaji Jerunei. Sering mereka menyusuri hutan untuk mencari jawapan, setiap ahli mengalami halusinasi dan kekacauan. Ada juga yang mendapati diri mereka terjaga di tempat asing dan menyeramkan.

Filem yang diilhamkan oleh adat kaum Melayu sebenar ini akan membuka pintu kepada kegelapan, kejutan, dan ketakutan yang menghantui jiwa para penonton. Dengan adanya elemen misteri, seram dan pengorbanan, file mini dijangka akan menjadi kegilaan para penonton filem seram di seluruh negara. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman seram dan budaya yang unik di pawagam berdekatan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *