Drama ADAKAH ENGKAU MENUNGGUKU Bermula 29 September 2022, gandingan Adam Lee dan Wanna Ali bakal menghiasi TV3.

 

Selepas berpacaran selama lapan tahun, hubungan Ariana berakhir apabila pasangannya terpaksa dinikahkan mengikut keutamaan keluarga. Bagaimanapun, Ariana bertemu dengan Ikmal secara kebetulan; Kehadiran Ikmal mengubah hidup Ariana. Ikmal juga dalam kesukaran. Adakah dia mempunyai hak untuk memilihnya? Saksikan drama Adakah Engkau Menungguku menerusi slot masa Lestary di TV3 setiap Rabu hingga Sabtu jam 9:00 malam mulai 29 September 2022.

Adakah Kau Menungguku terbitan OrangeTree Production Sdn.Bhd dan diarahkan oleh Azmi Hatta hasil nukilan skrip oleh Anina Sahal, Amin Shakib dan Eja Lorena. Drama bersiri 15 episod ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Adam Lee, Wanna Ali, Farhan Asri, Nabil Aqil, Wani Kayrie, Syafie Tee, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin dan ramai lagi.

Ariana (Wanna Ali) mengharapkan cinta yang telah terjalin selama 8 tahun ini akan berakhir ke jenjang pelamin. Namun, impian  Ariana untuk mengahwini Azman terhenti apabila Azman diasak oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Cinta Azman dan Ariana tidak berkesampaian apabila Azman terpaksa akur dengan pilihan orang tua.

Ikmal (Adam Lee) yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri di sini enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia. Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibu dan tak sanggup biarkan mereka yang sudah tua dan perlukan perhatian.

Ariana bersedih dengan sikap Azman yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka. Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun dia tiada tempat kosong untuknya. Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh. Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan. Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?

Jangan lupa saksikan Adakah Engkau Menungguku mulai 29 September, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3 atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang drama kesukaan anda, layari Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *