AYUH MENGHAFAL DAN MEMBACA BERSAMA AIMAN ISKANDAR (AI) SEPANJANG RAMADAN RAYA INI!

Kempen Ramadan Raya tahun ini iaitu ‘RaRa Macam Dulu-Dulu’ telah melancarkan adaptasi kecerdasan buatan (AI) yang diberi nama Aiman Iskandar sebagai wajah kempen. Kempen kali ini turut menampilkan empat kombinasi wajah selebriti baharu dan lama iaitu Norlia Ghani, Zamarul Hisham, Aqil Zulkiflee, dan Mika Safiya.

Kemampuan kecerdasan buatan atau lebih dikenali dengan Artificial Intelligence (AI) kini lebih meluas kerana ia mampu untuk memproses bahasa manusia, proses pembelajaran, penjanaan idea dan penyelesaian masalah. Justeru, RaRa Macam Dulu-Dulu ingin memperkasakan Aiman Iskandar (AI) bagi memudahkan penonton terutama kanak-kanak dalam mempelajari proses pembacaan, proses menghafal niat dan juga doa ketika bulan Ramadan ini seperti niat puasa, doa berbuka puasa dan lain-lain lagi.

Visual Aiman Iskandar (AI) yang menampilkan wajah lebih realistik ini akan menarik lebih perhatian dari pelbagai peringkat umur termasuk golongan remaja. Visual yang realistik ini juga akan membantu kanak-kanak untuk lebih memahami kandungan yang ingin disampaikan oleh Aiman Iskandar (AI).

Ayuh! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pelbagai lagi isi kandungan menarik dan bermanfaat yang boleh dipelajari menerusi Aiman Iskandar (AI) di laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & TikTok @TV3Malaysia sepanjang bulan Ramadan dan Syawal Ini!

Saksikan juga pengisian program lain yang menarik sepanjang Ramadan Raya ini menerusi TV3 dan aplikasi Tonton seperti Jom Berbuka, Apa Nak Masak Ni?, Sembang Sahur, Oh Mummy!, dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga barisan drama yang akan menambat hati penonton seperti Akasia: Wanita Syurga, Lestary: Iskandar Chempaka, Samarinda: Lelaki Itu, Ramadan Mini Series: Hello, Saya Anak Uncle! dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *