WANITA HARI INI DAN MYDIN SATUKAN USAHA UNTUK RAMADAN YANG LEBIH BERMAKNA!

Amalan bersedekah sudah sinonim dan tidak asing lagi bagi setiap umat Islam yang telah dijanjikan pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Hanya dengan bersedekah, kita dapat sama-sama memahami susah payah orang yang sedang menghadapinya. Istimewa Ramadan kali ini, TV3 dan Tonton melalui program bual bicara nombor 1 negara, Wanita Hari Ini (WHI) membawakan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘WHI Kongsi’ hasil kerjasama dengan Mydin untuk berkongsi rezeki dan mengimarahkan lagi bulan yang mulia.

‘WHI Kongsi’ telah menjadi sebuah acara tahunan yang dianjurkan oleh program WHI untuk membantu golongan yang memerlukan dan menghargai pengorbanan anggota berseragam atau dikenali sebagai ‘frontliners’. Menerusi konsep berkongsi rezeki ini juga diharap dapat meringankan beban untuk sama-sama membuat persediaan untuk berbuka puasa mahupun persediaan menyambut Aidilfitri.

Sempena kempen Ramadan Raya ‘Macam Dulu-Dulu’ anjuran Media Prima Berhad tahun ini, ‘WHI Kongsi X Mydin Prihatin’ telah dijalankan semalam pada 26 Mac bersama-sama barisan hos Wanita Hari Ini iaitu Fiza Sabjahan, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad, Fatin Hamimah, Sugeeta Chandran dan Syahira Yaacob serta komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) di PPR Lembah Subang 2 dalam acara ‘rewang’ yang menggamit nostalgia. Selain itu, terdapat juga pengagihan makanan berbuka puasa bersama Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad dan isteri kepada penduduk di sekitar kawasan itu.

Pihak Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin pada acara tersebut bernilai sehingga RM60 yang mengandungi barangan keperluan harian seperti beras, gula pasir, tepung gandum, minyak masak, bihun, sardin, biskut krim kraker, susu pekat krimer, serbuk tea, serbuk kopi dan pelitup muka.

Turut bersama pada acara tersebut adalah Puan Farah Shamsudin, Pengurus Besar Kanan, Pemasaran Kreatif & Komunikasi, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Puan Wan Sabariah Shikh Ali, Pengurus Besar, Majalah, Gaya Hidup dan Bual Bicara, Rangkaian Televisyen Media Prima.

Tahun ketiga program amal ini dilakukan, ‘WHI Kongsi’ pada tahun ini telah menyantuni warga kerja Hospital Tunku Azizah, polis trafik Jalan Tun Abdul Razak dan akan bersahur dengan warga tentera darat di Johor pada hujung minggu.

Projek ‘WHI Kongsi’ tahun ini diketuai oleh Wan Ain Afifah Nasuruddin dan Shifa Noor Shaharudin, dibantu oleh Nurnatasha Nadia Hamzah dan Nurlisa Adrianna Yusharman. Produksi WHI diterbitkan oleh Muhammad Husni Ab Mahat, Nor Fariza Kamarulzaman dan Noor Haslinda Ismail selaku penerbit manakala Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan selaku penerbit eksekutif.

Segmen khas ini bakal ditayangkan di program Wanita Hari Ini pada 29 Mac 2024. Saksikan Wanita Hari Ini, program bual bicara TV3 setiap hari Isnin hingga Jumaat, 12.00 tengah hari dan strim sekarang melalui Tonton menerusi www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan barisan program sepanjang bulan Ramadan dan Raya tahun ini. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Ikuti juga perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton dan dapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *