Platform streaming Asia yang semakin popular, iQIYI, kembali dengan karya terbarunya – sebuah drama bersiri istimewa yang bertajuk ‘MIHRAB CINTA ZULAIKHA’. Drama ini menampilkan sejumlah bintang terkenal dari Malaysia seperti Elisya Sandha, Azrel Ismail, Scha Elinnea, Johan As’ari, Arash Mohamad, Maria Farida, dan adik Raf Iskandar. Drama bersiri sebanyak 12 episod ini bakal menemui pelanggan iQIYI bermula 17 Mei 2024, jam 9:00 malam.
Menurut En. Jony Deng, Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, iQIYI kini sedang mengintensifkan kehadirannya di pasaran Malaysia dengan menawarkan drama-drama berkualiti seperti MIHRAB CINTA ZULAIKHA. Drama ini direka khas untuk memenuhi permintaan penonton pada masa kini dan menyelaraskan dengan trend isu-isu semasa.
“Drama MIHRAB CINTA ZULAIKHA diinspirasikan dari kejadian dan konflik sebenar dalam masyarakat kita yang menonjolkan kisah percintaan dan juga kekuatan dari segi moral.
“Selain itu, idea di sebalik penghasilan drama ini datangnya dari keinginan untuk meneroka tema-tema yang melibatkan keimanan, percintaan dan pengorbanan yang sering terjadi dalam masyarakat Malaysia,” katanya.
Dalam drama ini, Zulaikha (Elisya Sandha) digambarkan sebagai seorang wanita yang tabah, mandiri, dan teguh pada prinsip agama. Dia bertanggung jawab atas pengurusan rumah anak yatim tetapi dihadapkan pada masalah kewangan apabila menghadapi ujian. Kehadiran Yusof Hakimi (Azrel Ismail) sebagai penyelamat yang membantu menyelesaikan masalah di rumah anak yatim membawa kepada lamaran Yusof kepada Zulaikha.
“Setelah berkahwin, Zulaikha mendapat tahu kehidupan Yusof yang sebenar jauh daripada pegangan agama sepertimana yang disangkakannya. Mengeruhkan lagi situasi, Yusof sudah pun mempunyai kekasih. Pelbagai pergolakan yang berlaku ditambah ujian demi ujian menimpa diri Zulaikha, namun mampukah dia bertahan atau berserah pada takdir? Jangan lupa menontonnya di iQIYI,” tambah En. Jony.
Setiap drama Original yang dihasilkan oleh iQIYI menekankan pada kualiti produksi, plot yang menarik, dan pemilihan cast yang tepat untuk membawa watak-watak itu hidup,” kata En. Jony. “Kami memilih pelakon berdasarkan kesesuaian mereka dengan karakter dalam drama dan kemampuan mereka untuk menarik perhatian penonton. Selain bakat lakonan yang hebat, setiap pelakon memiliki daya tarik yang khas yang membuat mereka unik.
iQIYI memaklumkan bahawa drama ini disyorkan untuk penonton berumur 18 tahun ke atas. Penonton di bawah umur 18 tahun tidak digalakkan menonton kerana drama ini mempunyai konsep yang mendalam dan jalan cerita yang matang. En. Jony menambah, “Kerana faktor umur yang disyorkan, iQIYI telah menempatkan drama ini dalam senarai drama langganan VIP.”
Sebagai pemain utama dalam platform penstriman, En. Jony menyatakan bahawa iQIYI bertekad untuk menjadi pelopor dalam bidang penyiaran atas talian. Dengan pengguna bulanan aktif mencapai 500 juta dan hampir 6 bilion jam hiburan dinikmati setiap bulan, iQIYI menonjol sebagai platform unggul dalam industri ini.
“Bayangkan dunia di mana penceritaan tidak mengenal batas, di mana setiap bingkai adalah jendela budaya yang meriah dengan kisah yang belum terungkap.”
“Jadi, saya berharap drama MIHRAB CINTA ZULAIKHA akan menarik perhatian dan memikat hati penonton melalui kisahnya yang mendalam dan menginspirasikan, dan semoga drama ini tidak hanya memperkayakan pengalaman penonton tetapi juga akan meneroka dan memperluaskan pemahaman mereka tentang kekayaan budaya dan nilai-nilai moral melalui karya asli ini,” tambahnya lagi.
Jangan lupa temujanji anda bersama drama MIHRAB CINTA ZULAIKHA mulai 17 Mei 2024, pada jam 9:00 malam. Segera muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store, taipkan MIHRAB CINTA ZULAIKHA dan terus strim melalui telefon pintar, tablet dan televisyen.