LATEST

Al-Ikhsan Perkenal Kempen ‘For Everyday Athletes’ – Semangat Gaya Aktif untuk Semua!

Al-Ikhsan Sports, jenama tempatan unggul dalam dunia sukan, melancarkan kempen nasional terbaharu bertemakan ‘For Everyday Athletes’, satu gerakan yang meraikan semangat rakyat Malaysia dalam menempuh rutin harian dengan gaya hidup aktif. Dengan lebih 30 tahun pengalaman dan rangkaian 187 cawangan serta 3 platform digital, Al-Ikhsan bukan sekadar jenama – ia adalah sebahagian daripada perjalanan rakyat dalam dunia kecergasan.

Sebagai peneraju industri, Al-Ikhsan sentiasa menjadi penyokong setia – dari akar umbi hinggalah ke peringkat profesional. Kempen ini tampil memperkukuh identiti jenama sebagai penyampai inspirasi, bukan sekadar penjual produk. ‘For Everyday Athletes’ adalah bukti bahawa semangat bersukan tidak terhad pada padang – ia hidup dalam setiap langkah harian kita.

“ Kami percaya bahawa setiap pergerakan memberi makna. Gaya hidup aktif memperkasa fizikal, mencergaskan mental, dan menyuntik semangat dalaman. Bila kita bergerak, kita jadi lebih fokus, bertenaga, dan berdaya saing,” jelas Datuk Hishammudin Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, sempena ulang tahun pertamanya bersama jenama ini.

Tambah beliau, “Inilah masa terbaik untuk memulakan satu gerakan nasional. Al-Ikhsan tidak hanya menjual barangan sukan – kami mencipta impak dalam kehidupan seharian.”

Kempen Untuk Semua – Kita Gerak Bersama

Lebih daripada sekadar slogan, ‘For Everyday Athletes’ adalah satu seruan untuk kekal aktif, sihat dan seimbang walau di mana jua. Ia menghargai mereka yang memilih untuk terus bergerak, walau dalam kesibukan kerja, rutin rumah tangga, atau cabaran harian. Al-Ikhsan menyokong mereka yang bergerak – dengan semangat, bukan alasan.

Aktiviti harian seperti berjalan ke pejabat, bersenam ringan di rumah, atau sekadar naik tangga – semuanya adalah bentuk kecergasan. Dan setiap langkah itu membina kesejahteraan fizikal dan mental. Al-Ikhsan mengiktiraf semua ini – kerana setiap individu adalah atlet dalam arena kehidupan masing-masing.

Pelancaran Kedai Generasi Baharu – Gaya Sukan Lebih Gaya

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Al-Ikhsan turut memperkenalkan konsep kedai baharu di Elmina Lakeside Mall, yang mengetengahkan rekaan moden, pengalaman membeli-belah interaktif, serta barisan produk tempatan dan antarabangsa yang lebih menarik. Elmina adalah permulaan kepada gelombang kedai-kedai baharu termasuk di AEON Shah Alam, Ipoh Parade, dan Mayang Mall.

Rekaan kedai inspirasi moden

Barangan sukan yang lebih segar dan terkini

Aktiviti komuniti dan sesi kecergasan tempatan

Lebih 30 Tahun Bersama Anda – Dari Johor Bahru ke Seluruh Negara

Bermula daripada kedai kecil di Holiday Plaza, Johor Bahru pada tahun 1993, Al-Ikhsan kini berkembang menjadi simbol kebanggaan negara dengan 187 cawangan. Sepanjang tiga dekad ini, jenama ini kekal sebagai rakan setia buat semua – dari pelajar sekolah hingga ke atlet negara. Kini, melalui kempen ini, Al-Ikhsan terus mengangkat semangat everyday athletes ke tahap lebih tinggi.

Sorotan Kempen ‘For Everyday Athletes’

Program Keahlian Eksklusif Al-Ikhsan Sports – bakal dilancarkan pada Jun 2025

Ganjaran Aktiviti Kecergasan – hadiah menarik untuk gaya hidup sihat

Program Komuniti – menghubungkan rakyat melalui aktiviti dan acara tempatan

Semua inisiatif ini mengukuhkan janji jenama Al-Ikhsan sebagai Produk Kebanggaan Malaysia, membawa kemahiran bertaraf dunia terus ke tangan rakyat.

Sertai Gerakan Ini – Kerana Setiap Langkah Bermakna

Sama ada anda baru bermula, sedang mencari rentak, atau ingin kekal konsisten, Al-Ikhsan ada bersama anda. Kerana dalam dunia penuh cabaran ini, setiap kita adalah atlet – dan setiap pergerakan membawa perubahan.

Ikuti kempen ini di media sosial melalui #4EverydayAthletes dan #alikhsanSPORTS
Layari www.al-ikhsan.com untuk info lanjut
@alikhsansports di semua platform sosial – ayuh, kita gerak bersama!