Drama Keluarga Itu terus menarik perhatian apabila watak Ansara, yang dibawakan oleh Fattah Amin, dikatakan mempunyai kemiripan dengan kehidupan peribadinya. Spekulasi ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial, dengan komen seperti “Nampak macam kisah sebenar Fattah…” dan “Kenapa watak Fattah dalam drama ini seolah-olah menggambarkan hidupnya sendiri?”
Dalam satu majlis khas Iftar Keluarga Itu pada Rabu lalu, penerbit dan penulis drama ini, Eirma Fatima, menolak dakwaan bahawa watak Ansara diinspirasikan daripada kehidupan sebenar Fattah. Beliau menjelaskan, “Saya menulis skrip Keluarga Itu dan menawarkan watak ini kepada Fattah sebelum dia bercerai. Saya tidak pernah mengambil tahu tentang punca perceraiannya. Sama ada kebetulan atau tidak, saya sendiri tidak pasti. Mungkin ada persamaan dalam bahagian perceraian, tetapi selain itu, saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Apa yang pasti, jalan cerita ini telah dirancang sejak awal lagi.”
Ketika ditanya mengenai isu ini, Fattah Amin memilih untuk tidak memberi sebarang komen panjang. Beliau hanya berkata, “Sebagai pelakon, saya hanya membawakan watak berdasarkan skrip yang diberikan oleh penulis dan pengarah. Bagi saya, yang paling utama adalah menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. Itu sahaja.”
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan episod terbaru Keluarga Itu, setiap Jumaat hingga Ahad pada pukul 9.00 malam di TV3! Anda juga boleh menontonnya 24 jam lebih awal melalui www.tonton.com.my atau dengan memuat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.
Ikuti perkembangan terkini drama kegemaran anda di platform media sosial rasmi TV3 seperti Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.