Anugerah HONOR Talents Global Design 2024: Hadiah Bernilai Lebih RM621,000 dan Peluang Pameran Antarabangsa untuk Pemenang

Anugerah HONOR Talents Global Design 2024 kini dibuka dengan tujuan menggalakkan bakat-bakat muda yang kreatif menerokai potensi gabungan teknologi dan seni yang tiada tandingan. Dengan tema ‘Inspire the Future’, HONOR Malaysia mengajak pelajar universiti dan kolej tempatan untuk menyertai pertandingan berprestij ini. Selain hadiah wang tunai yang lumayan, pemenang juga berpeluang memaparkan karya seni mereka pada produk dan pameran antarabangsa HONOR.

HONOR Malaysia bekerjasama dengan institusi tempatan seperti ATEC College, Era Technology Communication Art & Design, Multimedia University (MMU), Taylor’s University, Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) untuk memperkasakan pelajar dalam mempersembahkan gaya seni artistik yang paling inovatif di peringkat dunia.

Menangi jumlah hadiah bernilai lebih RM621,000, produk terbaharu HONOR serta faedah

Peserta boleh menghantar kerja seni mereka mereka ke laman sesawang rasmi HONOR Talents Global Design Awards selewat-lewatnya pada 30 September 2024 dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah lebih RM547,000. Pemenang akan dipilih oleh barisan panel hakim yang terdiri daripada jurugambar terkemuka dan profesional industri. Sebagai tambahan, HONOR Malaysia juga akan menyediakan hadiah bernilai RM74,000 terdiri daripada telefon pintar, tablet dan peranti boleh pakai terbaharu HONOR kepada pemenang.  

Beberapa faedah menanti pemenang termasuk peluang pekerjaan, penggunaan kerja seni dalam produk dan pameran HONOR, pensijilan pantas melalui program Developer Fast Track, serta jemputan ekslusif ke Lawatan Seni dan Teknologi di China. 

Lawatan Seni dan Teknologi di China yang baru diperkenalkan ini menawarkan peluang kepada pemenang untuk mengunjungi ibu pejabat HONOR, universiti dan institusi sekutu. Pengalaman ini membolehkan mereka mendapatkan pandangan bernilai daripada rakan pereka dan pakar industri yang boleh memperkayakan kemahiran rekaan dan pemahaman terhadap industri.

Anugerah HONOR Talents Global Design 2024 terdiri daripada dua kategori iaitu Rekaan Komunikasi Visual, serta Seni dan Teknologi. Kedua-dua kategori ini dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu Themes, Magic Lock Screen, Standby, Jam, Aksesori, serta Seni dan Teknologi. Kumpulan Magic Lock Screen dan Standby menumpukan kepada ciri-ciri terbaharu dalam sistem pengoperasian terkini HONOR, MagicOS 8.0. Ini membolehkan pelajar menyerlahkan kreativiti mereka sepenuhnya, seterusnya menyampaikan pengalaman pintar dengan visual yang lebih canggih kepada pengguna.

Sejumlah 93 anugerah disediakan termasuk Tempat Pertama Global, pemenang dan naib pemenang dalam setiap kumpulan, Anugerah Bakat Baharu Terbaik, Anugerah Pilihan Hakim, Anugerah Inovasi AIGC, dan Anugerah Penyertaan Interaktif Terbaik. 

Kerja seni pelajar Malaysia dipamerkan di ibu pejabat PBB di New York

Pertandingan pada 2023 telah menyaksikan enam kerja seni dari Malaysia menerima enam anugerah antarabangsa. Dua daripada pemenang tersebut adalah dari UiTM, dan UTAR turut menyertai kerja seni bertemakan naga yang telah dipamerkan di ibu pejabat Pertubuhan Banga-bangsa Bersatu (PBB) di New York, awal tahun ini.

Sejak dilancarkan pada 2020, Anugerah HONOR Talents Global Design telah mendapat pengiktirafan meluas sebagai salah satu inisiatif yang dihormati. Dalam tempoh lebih empat tahun, HONOR telah menerima lebih 25,000 penyertaan daripada lebih 40 pasaran dan 240 universiti di seluruh dunia, dengan separuh daripada peserta terdiri daripada pelajar universiti, menjadikannya sebagai pentas dunia untuk bakat muda mempersembahkan keupayaan mereka. 

Memasuki tahun kelima, anugerah ini terus meraih pengiktirafan sebagai platform global terkemuka bagi penumpuan terhadap seni dan teknologi. Dengan kolaborasi bersama barisan pereka berbakat ini, HONOR berhasrat untuk menyuntik konsep artistik termaju dalam produk teknologinya, memperkukuhkan lagi reputasi sebagai pelopor dalam industri.

Pemenang Anugerah HONOR Talents Global Design 2024 akan diumumkan pada November 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila layari laman sesawang rasmi pertandingan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *