Sketsa Komedi Muzikal Terbaharu di Astro Warna hadir dengan “Magika” yang akan terhidang dalam MLS4

muzikal

Astro kembali dengan musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ yang akan bersiaran secara langsung mulai 22 September ini, setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Warna (saluran 107).

Musim keempat ini menampilkan gabungan pelakon, pelawak, penyanyi, dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal dengan tema ‘Magika’, yang menghidupkan kisah-kisah hikayat dan cerita dongeng dalam sketsa lawak mereka.

Format pertandingan masih mengekalkan cabaran mingguan berdasarkan lokasi, di mana setiap kumpulan diberi kebebasan untuk menghasilkan karya mereka dengan latar belakang lokasi yang ditetapkan. Uniknya, setiap minggu juga akan memperkenalkan genre muzik yang berbeza, di mana peserta perlu melakonkan sketsa komedi berdasarkan genre lagu tersebut.

Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, menyatakan bahawa penggabungan pempengaruh dan pelawak popular dalam edisi kali ini bertujuan untuk meningkatkan persaingan dan menarik perhatian penonton. Keunikan ini diperkuat dengan pemilihan bintang ternama sebagai hos dan juri, menegaskan komitmen Astro Warna untuk menjadi destinasi utama hiburan komedi.

Musim ini menampilkan 10 kumpulan bertanding, setiap kumpulan terdiri daripada tiga peserta termasuk pelakon popular seperti Harris Annuar, Eric Fuzi (Floor 88), Zulin Aziz, dan Puteri Sarah Liyana. Selain itu, pempengaruh seperti Aretoy dan Tajuddin Bakar turut menyertai barisan peserta.

Pelawak hebat seperti juara musim lepas, Namie dan Fad Bocey, serta Chiwan dan Has Arteh juga akan kembali memeriahkan pentas. Juri musim ini mencuri tumpuan dengan gabungan legenda industri komedi, Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama pelakon popular Anna Jobling. Dato’ AC Mizal akan mengendalikan program ini sebagai pengacara utama.

Dengan pelbagai elemen menarik, ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ dijangka akan menghiburkan penonton dari pelbagai lapisan umur dan menawarkan perspektif komedi yang baharu dan segar.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut. 

*Tertakluk pada terma dan syarat.

PENJURIAN & TRIVIA ‘MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 4’
    • Penganjuran edisi keempat ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, serta ERA & SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi.
    • Shah Nizam atau lebih dikenali sebagai Shah Slam akan menggalas peranan sebagai Pengarah Muzik.
    • Persembahan setiap kumpulan akan diadili 70% daripada pemarkahan pihak juri serta pemberian “Bintang”. Manakala 30% selebihnya akan ditentukan oleh undian para penonton menerusi lamab web Astro Gempak. 
  • Juara ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 150,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 75,000, RM 50,000 dan RM 25,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro. 
  • Para penonton boleh mengundi persembahan kumpulan kegemaran mereka pada setiap minggu sejurus selepas program tamat menerusi Astro Gempak. Kumpulan yang mendapat undian tertinggi akan memenangi anugerah Astro Gempak yang akan diumumkan di segmen akhir setiap minggu. 
PESERTA ‘MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 4’ 

 

1. Deroyan : Has Arteh, Dewa Arteh, Eric Fuzi
2. Padie : Namie, Fad Bocey, Aretoy
3. Putehh : Ali Puteh, Man Raja Lawak, Aya Amiruddin
4. Zuara : Nizam Jentik-Jentik, Chiwan, Zulin Aziz
5. Gebu : Mamak Puteh, Ilham Abata, Puteri Sarah Liyana
6. Kilo : Tapai, Harris Annuar, Tajuddin Bakar
7. Soda : Sofwan Soda, Danny Soda, Yah Kucai
8. Sarkas : Danial Zaini, Shashic, Acap S
9. Gahai : Fuad Gahai, Usop Gahai, Isyariana
10. Bravo : Ammar, Azhar Jalil, Nasz Sally

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *