Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kini memperkenalkan kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan kepada semua pelanggan setianya. Kempen ini membawa pelbagai tawaran menarik, termasuk tambahan sehingga 17 saluran percuma, naik taraf ke Ultra dan Ulti box, serta penebusan filem Astro First secara percuma. Semua ini bertujuan untuk memberikan pengalaman hiburan yang lebih luar biasa kepada setiap isi rumah pelanggan Astro.
Antara ganjaran yang disediakan termasuklah penambahan saluran yang merangkumi pelbagai genre seperti filem, drama, berita, hiburan, serta kandungan kanak-kanak. Pelanggan juga berpeluang menikmati pengalaman penstriman yang lebih baik dengan naik taraf ke Ultra dan Ulti box, serta menonton filem-filem blockbuster di Astro First secara percuma. Semua tawaran ini boleh dinikmati oleh pelanggan tanpa sebarang kos tambahan. Untuk menyemak kelayakan, pelanggan hanya perlu memuat turun dan log masuk ke aplikasi My Astro.
Menurut Tai Kam Leong, Ketua Jualan & Pemasaran Astro, “Pelanggan adalah teras segala yang kami lakukan di Astro. Dengan kempen ‘Astro’s Big Thank You’, kami berbesar hati untuk memberikan ganjaran khas yang dapat mempertingkatkan pengalaman hiburan mereka sebagai tanda penghargaan kepada sokongan dan kesetiaan mereka dalam memilih Astro sebagai destinasi hiburan pilihan.”
Selain itu, bagi menyemarakkan cuti sekolah, pelanggan Astro juga akan dapat menikmati saluran ‘Home of Kids’ (Saluran 100) secara percuma bermula 1 hingga 31 Disember 2024. Saluran ini menawarkan kandungan menghiburkan dari Astro Ceria, Nickelodeon, Nick Jr., Moonbug, dan DreamWorks, yang pasti menggembirakan para penonton cilik. Ini juga seiring dengan program Home of Kids yang akan diadakan dari 26 hingga 29 Disember 2024 di IOI Convention Centre, Putrajaya.
Sebagai tambahan, Astro menawarkan tawaran hebat melalui JUALAN JIMAT BESAR, dengan langganan serendah RM41.99/sebulan dan pemasangan percuma. Pelanggan juga boleh meningkatkan pengalaman penstriman mereka dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pek Primary hanya pada RM149.99/sebulan untuk 24 bulan (harga asal RM239.99). Semua ini adalah sebahagian daripada komitmen Astro untuk menyediakan hiburan premium yang mudah diakses oleh semua pelanggan di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh log masuk ke aplikasi My Astro, layari astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.