Astro Shaw baru-baru ini telah melancarkan mural gergasi Keluang Man di lokasi penggambaran filem ikonik tersebut di Kluang, Johor.
Pelancaran ini bukan hanya sebagai tanda penghargaan kepada Daerah Kluang yang merupakan latar belakang kelahiran adiwira tersebut dalam versi filem, tetapi juga sebagai daya tarikan baru untuk peminat. Mural ini juga akan muncul dalam filem live-action Keluang Man yang dinantikan ramai.
Sebagai sebahagian daripada kolaborasi dengan Wonda Coffee, mural epik ini turut memaparkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’—kopi khas Kluang pertama dalam pakej RTD. Inisiatif ini bertujuan memberi penghormatan kepada budaya kopi tempatan Malaysia yang terkenal dengan rasa asli dan uniknya.
Pelancaran mural ini diadakan di Laman Pesona, Kluang, dan dihadiri oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Anwaar Beg Moghal, dan Shweta Sekhon. Turut hadir adalah Penerbit Eksekutif dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, serta Pengarah Anwari Ashraf. Momen bersejarah ini juga disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban T. Sundaram, Pegawai Daerah Kluang, Haji Mohd Rafi bin Abdullah, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Hajah Azurawati binti Wahid, yang turut menyempurnakan lukisan mural tersebut.
Mural setinggi tiga bangunan ini, yang dihasilkan oleh artis grafiti terkenal Abdulrashade, memaparkan visual watak-watak utama filem seperti Keluang Man, Shamsir, Ahmad, Inspektor Sahab, Doktor Malini, dan Bebe, kucing kesayangan Keluang Man. Terdapat juga tin minuman ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ yang diabadikan dalam grafiti tersebut. Ini menjadikan mural ini sebagai tarikan terbaru yang pasti akan menarik perhatian pelancong dan peminat filem.
Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif Keluang Man dan Ketua Astro Shaw, “Keluang Man adalah simbol keberanian dan semangat adiwira Malaysia. Mural ini adalah bentuk penghargaan kepada semua peminat dan komuniti yang telah memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Kami memilih Kluang sebagai lokasi mural ini kerana bandar ini memainkan peranan penting dalam penggambaran filem Keluang Man. Kami yakin inisiatif ini tidak hanya akan menarik peminat dari seluruh negara, tetapi juga memberikan peluang kepada mereka untuk merasakan lebih dekat dengan filem dan watak adiwira kebanggaan kita.”
Santharuban T. Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn Bhd, menambah, “‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ bukan sekadar produk baru; ia adalah penghormatan kepada warisan Kluang. Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Astro Shaw dalam menggabungkan dua jenama ikonik Malaysia—Keluang Man dan Wonda Coffee. Kerjasama ini adalah penghormatan kepada identiti Malaysia dan kami berhasrat untuk memberikan pengalaman bermakna kepada para penonton. Edisi khas ini, dengan keunggulan rasa Tongkat Ali, melambangkan kekuatan dan ketahanan seperti yang diwakili oleh Keluang Man.”
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Hajah Azurawati Wahid, menyifatkan pelancaran mural Keluang Man sebagai satu penghargaan kepada Daerah Kluang. “Mural ini pastinya membanggakan dan memberi reaksi positif untuk projek sebegini. Kami berharap Kluang akan semakin dikenali sebagai destinasi pelancongan menarik dengan adanya mural ini”.
Filem Keluang Man, yang diarahkan oleh Anwari Ashraf, membariskan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin, dan ramai lagi.
Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.
Untuk semua pencinta kopi Malaysia, termasuk peminat Wonda Coffee, edisi baharu ini kini boleh didapati di kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia. Jadi, dapatkan sekarang dan nikmati rasa sebenar kopi Kluang yang penuh kelazatan. Cita rasa kita, wira kita”. Untuk maklumat lanjut mengenai Wonda Coffee dan “Wonda Kopi Edisi Kluang”, sila layari Facebook dan Instagram.
Nantikan filem adiwira ikonik Malaysia Keluang Man yang akan menemui penonton di pawagam tahun 2025. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie #AstroShaw #WONDAxKeluangMan #WiraWonda #KeluangManxWonda #CitaRasaKitaWiraKita bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.