Selepas mencipta fenomena menerusi siri Project: High Council, Astro Shaw kini mengembangkan visi kreatifnya melalui Project Universe – sebuah dunia sinematik yang menyatukan kisah-kisah remaja berunsur coming-of-age. Di dalamnya, peminat akan dapat menikmati naskhah seperti Project: Anchor SPM, Project: High Council, Project: Exit, dan filem terbaru Kahar: Kapla High Council, yang dijadualkan tayangannya pada November ini. Filem ini bertindak sebagai prekuel kepada Project: High Council, memaparkan latar belakang Kahar, salah satu watak utama dalam siri tersebut.
Menurut Ketua Astro Shaw merangkap Penerbit Eksekutif Kahar: Kapla High Council, Raja Jastina Raja Arshad, Project Universe bukan sahaja mengangkat kisah-kisah remaja tetapi turut menyentuh realiti kehidupan dan isu sosial. “Sambutan hangat terhadap Project: High Council dan Project: Anchor SPM mengukuhkan kedudukan genre ini di kalangan penonton tempatan. Project Universe ialah langkah strategik kami untuk memperluaskan penceritaan dan melahirkan watak-watak ikonik dalam dunia sinematik yang lebih besar dan interaktif,” katanya.
Majlis pelancaran Project Universe yang berlangsung di Setia City Mall, Shah Alam, telah menyaksikan para peminat menjadi yang pertama menonton treler dan poster rasmi filem Kahar: Kapla High Council. Turut hadir adalah barisan pelakon utama seperti Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, dan pengarah Razaisyam Rashid serta penulis skrip, Anwari Ashraf. Untuk pengalaman lebih dekat, peminat dijemput menghadiri Festival Project pada 26-27 Oktober di lokasi sama, di mana mereka dapat bertemu barisan pelakon dan menyertai pelbagai aktiviti serta membawa pulang hadiah eksklusif.
Sempena tayangan filem ini, siri jelajah akan diadakan di pawagam terpilih di seluruh negara. Antara lokasi yang akan dikunjungi pada November dan Disember adalah Kedah, Penang, Perak, Johor, Melaka, Pahang, dan Terengganu, membolehkan peminat bertemu pelakon kegemaran mereka di pawagam.
Astro Shaw juga melancarkan koleksi merchandise eksklusif yang boleh didapati di Gempak Official Store di Shopee, termasuk hoodie, tote bag, baju-t, enamel pins, dan pelbagai barangan bertemakan Kahar: Kapla High Council.
Bagi menghidupkan lagi pengalaman Project Universe, peminat dapat menikmati menu khas bertemakan filem ini di Luck Bros Kopi sekitar Lembah Klang. Menu termasuk Nasi Goreng Kudrat dan Nasi Lemak Panggung, dengan setiap pembungkusan dihiasi elemen filem dan cabutan bertuah untuk memenangi tiket ke malam gala.
Project Universe bukan sekadar hiburan tetapi juga satu platform kesedaran sosial. Astro Shaw bekerjasama dengan Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA Malaysia) dan Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) untuk kempen anti buli dan keganasan. Pada hari pertama tayangan filem, video pesanan khidmat masyarakat akan disiarkan di pelbagai platform media dan papan iklan di sekitar Lembah Klang, sementara para pelakon akan menyertai slot khas sebagai DJ jemputan di Era.
Sebuah program khas berdurasi 30 minit yang membawa penonton di belakang tabir penghasilan Kahar: Kapla High Council akan mula disiarkan di On Demand, Astro Go, dan saluran pop-up Kahar: Kapla High Council (Saluran 111) pada 11 November. Laman web rasmi filem ini di https://www.highcouncil.com.my juga bakal memuatkan info eksklusif, klip video, dan gambar untuk peminat yang ingin mendalami dunia Project Universe.
Saksikan Kahar: Kapla High Council di pawagam mulai 28 November. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terbaru di media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully.