LATEST

Auto Bavaria Cipta Sejarah, 14 Tahun Berturut-Turut Dinobat Juara Kelab Kecemerlangan BMW

Auto Bavaria sekali lagi mengukir kejayaan gemilang apabila dinobatkan sebagai Juara Anugerah Kelab Kecemerlangan BMW buat tahun ke-14 berturut-turut penghormatan tertinggi yang diberikan oleh BMW Malaysia kepada pengedarnya. Kemenangan di Malam Anugerah Pengedar BMW 2025 ini bukan sahaja meneguhkan reputasi Auto Bavaria, malah mengukuhkan statusnya sebagai satu-satunya pengedar yang mengekalkan rekod kecemerlangan konsisten sejak anugerah ini mula diperkenalkan.

Pada malam penuh berprestij itu, Auto Bavaria turut dinobatkan sebagai pemenang terbesar, membawa pulang 48 anugerah merentasi 12 kategori, merangkumi operasi BMW, MINI dan BMW Motorrad. Kejayaan ini meliputi pelbagai aspek seperti prestasi jualan, perkhidmatan selepas jualan, inovasi dalam pengalaman pelanggan, kepakaran dalam pengkhususan produk, serta kepimpinan dalam Perkhidmatan Kewangan BMW Group membuktikan komitmen luar biasa Auto Bavaria dalam menetapkan standard emas dalam setiap sentuhan pelanggan.

“Kami amat berbangga menerima Anugerah Kelab Kecemerlangan BMW buat tahun ke-14 berturut-turut,” ujar Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Auto Bavaria. “Kejayaan ini adalah hasil kegigihan, kesungguhan, dan dedikasi seluruh pasukan kami. Kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan setia, yang terus mendorong kami untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami.”

Melangkah ke masa depan, Auto Bavaria tekad untuk mentakrifkan semula pengalaman mobiliti premium di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan berterusan, Auto Bavaria kini memperluaskan rangkaiannya dengan memperkenalkan bilik pameran Retail.NEXT yang menampilkan gabungan reka bentuk moden dan pengalaman digital yang lebih terperinci. Pada masa sama, transformasi digital dipertingkatkan sepenuhnya untuk menawarkan kemudahan menyeluruh kepada pelanggan, termasuk penganjuran acara eksklusif seperti pratonton model baharu dan program pemanduan berinspirasikan sukan motor.

“Setiap langkah yang kami ambil membawa misi yang sama – menjadikan pemilikan kenderaan premium lebih mudah, lebih menyeronokkan, dan lebih bermakna,” tambah Vi Thim Juan dengan penuh semangat.

Dengan memacu inovasi berterusan dan mengekalkan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan, Auto Bavaria membuktikan bahawa kecemerlangan bukan hanya sasaran tetapi satu budaya yang diterapkan untuk membentuk masa depan pengangkutan premium di Malaysia dan seterusnya.