Sat. Apr 13th, 2024

Filem pertama hasil terbitan Intan Ladyana, Banglo Seksyen 12, yang secara eksklusif dibuat untuk menyokong industri filem tempatan, akan memiliki gala tayangan perdana pada 25 Januari 2024. Pelakon yang telah mendapat pengiktirafan melalui peranannya dalam filem-filem terkenal seperti Jangan Pandang Belakang dan Banglo Berkunci ini kini memainkan peranan utama dalam filem yang dijangkakan akan mengejutkan peminatnya.

Pihak produksi PRISMA PICTURES SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan dan dapat menemui penonton di pawagam.

Dharma Nasution, pengarah bersama Intan Ladyana mempertaruhkan barisan pelakon yang tidak asing lagi di dalam industri tanah air sepertiIntan Ladyana dan Mustaqim Bahadon sebagai tunjang utama Filem Banglo Seksyen 12 ini. Filem ini dibantu oleh barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi.

Filem Banglo Seksyen 12 mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.

Prisma Pictures Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer termasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *