Mon. Apr 15th, 2024

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam atau  Bank) telah melancarkan Kempen Pembiayaan Mega 2024 sebagai menghargai  para pelanggan yang telah menyokong produk pembiayaan Peribadi-i, Rumah-i  dan Kenderaan-i Bank Islam. Kempen yang julung-julung kali dianjurkan ini  berlangsung dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2024.

Kempen yang menawarkan lapan buah kenderaan dengan jumlah keseluruhan  RM800,000 sebagai hadiah utama di sepanjang tempoh kempen dijalankan dan  akan memilih dua pemenang bertuah melalui cabutan pada setiap akhir suku  tahunan.

Di samping itu, Bank Islam juga menawarkan hadiah kepada pelanggan-pelanggan  bertuah melalui kempen Pembiayaan Peribadi-i yang dianjurkan sepanjang tahun ini iaitu Kempen Promosi Sekali Seumur Hidup–Pembiayaan Peribadi-i Untuk Jemaah  Haji, 41 Tahun Bank Islam, Bank Islam bersama Warga Pendidik dan Frontliners serta Umrah dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM1.2 juta.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan – Perbankan Runcit Bank Islam, Mizan Masram  berkata, “Kempen ini akan merancakkan lagi usaha kami untuk mempromosi  pelbagai produk pembiayaan yang disediakan di pasaran, selain menarik minat  pelanggan berpotensi terhadap penyelesaian-penyelesaian patuh Syariah yang  memenuhi segenap keperluan mereka.

“Penganjuran Kempen Pembiayaan Mega ini juga merupakan tanda penghargaan  kami kepada pelanggan atas kepercayaan mereka terhadap Bank Islam. Kami amat  prihatin dengan kehendak serta keperluan mereka dan akan terus berusaha untuk  meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan penawaran.”

Bersempena penganjuran Kempen Pembiayaan Mega 2024, satu majlis pelancaran  dan Penyampaian Hadiah Kempen Pembiayaan Peribadi-i bagi tahun 2023 telah  diadakan pada 29 Februari 2024 di Kuala Lumpur.

Seramai 21 pemenang untuk lima (5) Kempen Pembiayaan Peribadi-i yang  dijalankan sepanjang tahun 2023 telah menerima hadiah masing-masing.

Kempen Senarai Pemenang Hadiah
Once in A Lifetime 1. Mohd Shazwan

Hashim

2. Noor Asmada

Abdullah

3. Juliana Jamal

4. Nor Azizah Ab Aziz

5. Abdul Majid Tahir

Mohamed

6. Abang Abdul Ghapar  Abang Husen

7. Khairul Anuar Abu

Bakar

8. Zakiah Jajuli

9. Noor Fadhilah Zainal  Abidin

10. Mohd Shapiza Ishak

Baucar Pakej Umrah  bernilai RM10,000 setiap  seorang
Here for You (Khusus  untuk sektor Kesihatan) 1. Dr Ahmad Zaki Hamdi  Nor Azlan

2. Nurul Nabiela Huda  Azhar

3. Nuradilah Razali

Hadiah Utama: Wang  tunai RM30,000 dan

Baucar Barangan Kemas  bernilai RM10,000

Hadiah Pertama: Wang  tunai RM20,000 dan

Baucar Barangan Kemas  Bernilai RM5,000

Hadiah Kedua: Wang  Tunai RM10,000 dan

Baucar Barangan Kemas  Bernilai RM5,000

Win Big 1. Nafisah Ismail

2. Muhammad Faiz Aziz  3. Mohd Khalid Yusof

Hadiah Utama: Wang  Tunai RM50,000 dan

Baucar Pelancongan  Bernilai RM20,000

Hadiah Pertama: Wang  Tunai RM30,000 dan

Baucar Pelancongan Bernilai RM10,000

Hadiah Kedua: Wang  Tunai RM10,000 dan

Baucar Pelancongan  Bernilai RM10,000

40 Tahun Bank Islam  bersama Warga  Pendidik Kategori Individu:

• Elin Eliana Muhamad  Rasidi

Hadiah Utama: Wang  Tunai RM50,000 (Kategori  Individu)
• Farah Wahida Ahmad  Nadzri

Kategori Sekolah:

• SKD Bandar Tasik

Kesuma

• SMK Bukit Rahman

Putra

Hadiah Utama: Wang  Tunai RM15,000 (Kategori  Sekolah)
Jom Raya • Chandrakala A/P

Palanisamy

Hadiah Utama: Wang  Tunai RM50,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Pembiayaan Mega 2024 Bank Islam, layari  www.bankislam.com.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *