Menyiasat sambil menikmati ICSYVMY 6 sejak episod terbaharu, yang disiarkan pada hari Ahad, lebih mengujakan kerana kemunculan pelawak terkenal dan bintang media sosial Bell Ngasri dan Maryam Duriankimchi sebagai panel penyiasat tetamu! Telatah mereka dengan penyiasat yang kerap seperti Ropie, Jihan Muse, Khir Rahman dan Baby Shima sudah pasti akan menghidupkan hujung minggu anda.
Artis jemputan untuk episod terbaharu ini akan membawakan juara Rookie bagi program TV3, Vokal Mania (2020), Aisha Retno, yang menggalas tanggungjawab untuk mencari penyanyi yang sebenar. Jadi, jangan ketinggalan untuk saksikan apakah yang bakal berlaku dalam episod terbaharu pada 11 Jun 2023 ini, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau muat turun dan daftar sebagai pengguna aplikasi Tonton untuk siaran ulangan di www.tonton.com.my.
Sempena tema ulang tahun TV3 ke-39 iaitu anime, Izzue Islam dan Shiha Zikir turut memperagakan kostum karakter animasi kegemaran penonton sebagai berita gembira bahawa slot anime kini tampil di Tonton!
Episod pertama telah menyaksikan Siti Sisters yang terdiri daripada Siti Saida dan Siti Sairah berjaya memilih penyanyi sebenar dengan tenang tanpa terpengaruh dengan pandangan panel penyiasat yang cuba memberi pendapat yang mengelirukan. Akhirnya, Siti Sisters berduet dengan Zainab Rahmat yang merupakan seorang guru muzik menerusi lagu Destinasi Cinta.
Kali ini, perwatakan Bell Ngasri yang sering bergurau membuatkan Aisha Retno keliru untuk memilih siapakah sebenarnya penyamar bersuara sumbang untuk disingkirkan. Maryam Duriankimchi, wanita berasal dari Korea Selatan itu menggamatkan lagi suasana studio dengan perwatakannya yang sukar untuk difahami. Adakah Bell Ngasri cuba untuk sabotaj dan menggagalkan misi untuk mencari penyanyi yang sebenar? Berjayakah Aisha Retno menyingkirkan semua penyamar bersuara sumbang?
Sidang produksi ICSYVMY 6 diketuai oleh Jamil Bin Hassan selaku Penerbit Eksekutif dan Shahrizan Bin Razalli sebagai Penerbit. ICSYVMY 6 ini juga menampilkan Digi oleh CelcomDigi sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, serta Cadbury Dairy Milk dan OPPO sebagai rakan penaja.
Anda terlepas untuk menyaksikannya menerusi TV3 pada 11 Jun 2023, hari Ahad, pada pukul 9.00 malam? Jangan risau, anda boleh muat turun dan daftar sebagai pengguna Aplikasi Tonton atau saksikan siaran ulangan menerusi Tonton di www.tonton.com.my. Gunakan tanda pagar #ICSYVMY6 dan kongsikan momen lucu dan menarik di laman media sosial.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.