Sempena kemeriahan Syawal, Bolt, peneraju global dalam perkhidmatan mobiliti, telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya istimewa di Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur. Majlis ini bukan sekadar perayaan – ia adalah penghargaan buat para wira jalan raya yang menjadi nadi kepada perjalanan harian rakyat Malaysia.
Lebih daripada sekadar satu majlis, acara ini menghimpunkan rakan pemandu Bolt, pasukan pengurusan dan juga wakil media dalam suasana penuh mesra dan meriah. Ia menjadi platform untuk menyemai nilai kebersamaan dan memperkukuhkan hubungan dalam komuniti e-hailing yang inklusif dan saling menyokong.
“Rakan pemandu kami adalah tulang belakang kepada kejayaan Bolt. Majlis ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih – bukan hanya sebagai pengguna platform, tetapi sebagai rakan kerjasama, komuniti, dan wira harian,” kata Afzan Lutfi, Pengurus Besar Bolt Malaysia.
Dalam suasana penuh kehangatan dan silaturahim, para pemandu turut berpeluang berkongsi pengalaman peribadi – bagaimana kerjaya sebagai pemandu e-hailing membantu mereka menjana pendapatan sambil mengekalkan keseimbangan hidup.

“Dengan Bolt, saya dapat pulang tepat pada masa untuk berbuka dengan anak-anak. Fleksibilitinya sangat membantu, dan penghargaan seperti ini buat kami rasa dihargai,” kongsi Shahnoorsalmi Binti Khalid, pemandu sepenuh masa dari Klang.
Majlis turut menyaksikan pengiktirafan kepada tiga rakan pemandu cemerlang atas komitmen luar biasa mereka terhadap platform – satu langkah simbolik yang mengangkat peranan penting pemandu dalam membentuk pengalaman e-hailing yang positif dan berkesan.
Sejak dilancarkan, Bolt menunjukkan pertumbuhan luar biasa di Malaysia, dengan peningkatan pendaftaran pemandu sebanyak 540% hanya dalam tempoh tiga bulan. Pendekatan Bolt yang mengenakan komisen serendah 15% serta model harga yang telus (tol dimasukkan dalam tambang) menjadikan platform ini semakin diminati rakyat Malaysia.
Bolt juga terus mendengar dan bertindak. Dalam masa terdekat, beberapa ciri baharu akan diperkenalkan dalam aplikasi – termasuk penambahbaikan pengurusan jarak pengambilan dan akses pendapatan yang lebih mudah, hasil maklum balas langsung daripada komuniti pemandu sendiri.
Antara inisiatif terbaharu yang telah diperkenalkan ialah Bolt Executive – kategori perjalanan premium yang menawarkan pengalaman eksklusif kepada penumpang dan peluang pendapatan lebih tinggi kepada pemandu.
Dengan misi untuk terus memperluaskan perkhidmatan ke seluruh negara, Bolt kekal komited dalam membina ekosistem mobiliti yang adil, fleksibel dan berteraskan manusia – menjadikan e-hailing bukan sekadar pekerjaan, tetapi peluang membina kehidupan lebih baik.