Fri. May 24th, 2024

KL Traders Square di Kuala Lumpur menjadi tuan rumah pembukaan Outlet Ar Rahnu pertama Co-(CBP) opbank.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Pengerusi CBP, Datuk Baharom bin Embi dan turut dihadiri barisan Anggota Lembaga. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar dan Pengurusan Kanan.

Datuk Baharom berkata, Ar Rahnu CBP ini merupakan outlet ‘stand-alone’ pertama CBP dan akan dijadikan sebagai projek rintis untuk melihat kesesuaian dan juga keberkesananan outlet ini.

“Dengan adanya outlet ini, iany dapat membantu CBP untuk meluaskan lagi capaian sasaran pelanggan CBP kepada masyarakat yang berada di sekitar Gombak.

“Saya melihat outlet ini mampu untuk bersaing dengan operator-operator Ar Rahnu yang ada di Kawasan sekitar ini kerana kita menawarkan kadar pembiayaan maksima sehingga RM350,000 dan had pembiayaan haria sehingga RM300,000. Dengan kelebihan ini, saya melihat Ar Rahnu CBP mampu untuk bersaing secara sihat dengan yang lain,”katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya lagi, susun atur dan juga rekabentuk outlet ini juga akan digunakan bagi pembukaan-pembukaan outlet Ar Rahnu yang akan dibuka di masa akan datang.

“Sebagai sebuah institusi kewangan yang turut berdepan dengan cabaran-cabaran tersendiri, CBP tetap komited memastikan setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berlandaskan Syariah demi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat,”katanya.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *