Fri. May 24th, 2024

Pada hari Selasa, 9 Mei 2023, jam 9.00 malam, program perbualan khas ‘EKSKLUSIF BERSAMA JOKO WIDODO PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA’ membincangkan isu-isu kepentingan ASEAN serta gaya hidup pihak berkuasa politik yang diiktiraf dan popular.

Malaysia dan Indonesia, dua negara jiran yang terletak berdekatan dan mempunyai sempadan yang sama. Bukan saja  bahasa pertuturan berasal dari rumpun bahasa yang sama, malahan budaya, adat resam, agama dan seni bina juga mempunyai persamaan antara dua negara ini.

Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi merupakan Presiden Republik Indonesia yang ke-7. Beliau juga memikul tanggungjawab besar apabila Indonesia terpilih sebagai Pengerusi ASEAN 2023 pada awal Januari lalu. Beliau merupakan Presiden Indonesia pertama yang bukan berasal dari latar belakang politik atau ketenteraan elit. Apakah perancangan beliau untuk menyelesaikan kemelut dan cabaran getir yang dihadapi oleh ASEAN?

Bersama dengan hos, Fiza Sabjahan, program selama satu jam ini telah diberikan peluang untuk menjalani rakaman di Istana Merdeka, Jakarta. Selain itu, Joko Widodo juga memilih Pasar Tanah Abang, lokasi pelancongan yang terkenal dengan produk tekstil sebagai lokasi penggambaran kedua. Seterusnya, Sarinah Mall, pusat beli-belah pertama di Indonesia yang telah dinaik tarafkan untuk memasarkan barangan tempatan juga dipaparkan dalam program ini.

Selain berkongsi perspektif beliau tentang hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia, beliau juga membincangkan  tentang topik-topik yang menjadi kepentingan ASEAN seperti isu maritim dan pertikaian sempadan, pergolakan politik di Myanmar, pemulihan ekonomi dan keselamatan makanan demi menjamin kestabilan politik, keselamatan dan ekonomi. Di sebalik kewibawaan seorang tokoh politik, beliau juga mempunyai hobi dan minat yang unik antaranya membawa motor berkuasa tinggi, bersukan seperti futsal dan badminton menonton filem serta memelihara haiwan.

Kenali lebih dekat Presiden Indonesia ke-7 menerusi program ‘EKSKLUSIF BERSAMA JOKO WIDODO PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA’ yang bakal disiarkan pada 9 Mei 2023, Selasa, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara definisi tinggi di Tonton. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *