Sinopsis filem
Zi Hao, merupakan pelajar Sekolah Rendah Cina 6 di Singapura, menghadapi tekanan akademik apabila rakan sekelasnya Jayden memerangkapnya dan menuduhnya kerana menipu untuk mengekalkan statusnya di kedudukan teratas. Sementara itu, ibu Zi Hao, Wen Ting, dituduh melakukan kerja haram oleh ibu Jayden yang berdaya saing, Sophia. Di tengah-tengah kegawatan, kedua-dua ibu itu menyedari beban yang menimpa anak lelaki mereka dan bersatu untuk mengutamakan kesejahteraan mereka berbanding gred demi memupuk perdamaian.
Biografi Pengarah- Jack Neo
Sekitar tahun90-an, Jack Neo memenangi hati penonton tempatan dengan gaya pengacaraan komedi khasnya dalam pelbagai program. Selain dari pengacaraan dan lakonan ketika itu, beliau adalah minda kreatif di sebalik rancangan pelbagai tempatan dan mendapat rating tinggi yang paling lama disiarkan, Comedy Night. Populariti beliau dengan produksi selama sedekad adalah bukti kukuh bakat dan kreativiti Jack yang luar biasa.
Berikutan kejayaannya dalam penerbitan televisyen, Neo menyahut cabaran baharu dan menceburi industri perfileman pada tahun 1998 dengan muncul melalui filem Money No Enough yang merupakan filem cereka ke-3 tertinggi Singapura setakat ini. Selepas itu, beliau telah menulis skrip, mengarah dan menghasilkan rentetan filem yang diidam-idamkan iaitu I Not Stupid (2002), Homerun (2003), The Best Bet (2004), komedi romantik I Do I Do (2005), One More Chance (2005) , We Not Naughty (2012), Ah Boys To Men (2012), Ah Boys To Men 2 (2013) yang merupakan filem cereka dengan kutipan tertinggi Singapura setakat ini, dan banyak lagi. Pada tahun 2024, beliau mengeluarkan sekuel Money No Enough 3 (2024) yang memperoleh $4.884 Juta pada 5 Mei 2024, menduduki tempat ke-6 dalam filem berbahasa Cina yang paling berjaya sepanjang masa.
Selain memperoleh rekod pendapatan box office yang tinggi, karya Jack Neo kemudiannya menarik perhatian serantau dan antarabangsa. Antara karyanya yang mendapat ulasan baik, Homerun memenangi anugerah filem antarabangsa pertama untuk Singapura. Sebanyak enam anugerah antarabangsa telah diberikan sebagai penghormatan kepada filem itu termasuk gelaran “Pengarah Terbaik” di Kids Film Festival of Home Iran 2003.
Hari ini, sutaradara bernama Jack Neo adalah salah seorang pembikin filem paling prolifik di Singapura. Sumbangannya kepada industri perfileman tempatan telah mendapat ucapan penghormatan dari bekas Perdana Menteri Encik Goh Chok Tong pada tahun 1998 dan 2003.
Sebagai mengiktiraf pencapaian dan sumbangan beliau terhadap industri media Singapura, Pengarah Jack Neo telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada 1999 dan Anugerah Pelbagai Bakat pada 2004 daripada MediaCorp Singapore melalui Star Award. Beliau juga menerima Anugerah Pingat Perkhidmatan Awam pada Ogos 2004 dan Anugerah Pingat Budaya Seni pada Oktober 2005.
Pada 2016, untuk meraikan ulang tahun ke-50 Singapura, Jack Neo menjalani penggambaran untuk “Long Long Time Ago”, yang memaparkan dengan tepat kehidupan sukar rakyat Singapura pada zaman awal. Jack Neo membuat penggambaran filem pertamanya di luar Singapura dan Malaysia, “Killer Not Stupid”, di Taichung City, Taiwan. “Killer Not Stupid” ialah sebuah komedi aksi yang dibintangi oleh pelakon popular dari Taiwan, Hong Kong, Malaysia dan Singapura.
PARA PELAKON I NOT STUPID 3
Hu Jing 胡静
Hu Jing merupakan graduan pengajian bidang Persembahan (Performance) dari Central Academy of Drama. Sejak menjejakkan kaki ke dalam industri filem dan televisyen, Hu Jing telah berjaya meraih banyak kejayaan dan sangat disayangi penonton dengan penglibatan di dalam filem, siri TV, drama, muzik and pelbagai persembahan. Mempunyai kemahiran lakonan yang hebat, Hu Jing sangat dikenali di dalam and luar industri dan berjaya meraih pelbagai anugerah di antaranya ‘Most Popular Actress Award’ di ‘Southern Festival’, calon ‘Best Actress Award’ di ‘Beijing Satellite TV’s “Jin Kang Cup”’, dicalonkan sebagai ‘Best Supporting Actress’ melalui drama ‘In the Name of the People’ di ‘Shanghai TV Festival Magnolia Award’, memenangi ‘Huading Award’ untuk 10 tahun berturut-turut di ‘National Audience’s Favorite Film and Television Star, memenangi ‘National Drama Festivals Character Drama Star of the Year’, terpilih sebagai Weibo ‘Goddess of the Year’ dan banyak lagi anugerah lain. Hu Ying berjaya menambat hati para penonton melalui ketelusan mendalami setiap tugasan & watak yang dibawa.
Zhou Yu Chen 周俞辰
Dilahirkan di Tanah Besar China, Zhou Yu Chen memulakan kerjaya lakonan seawal usia 7 tahun pada tahun 2020. Semenjak itu, Zhou Yu Chen telah memegang pelbagai watak sokongan di dalam beberapa siri televisyen umpamanya ‘The Guardian’ dan ‘Fighting for Love’. Walaupun di usia muda, Zhou Yu Chen mempunyai bakat di dalam seni mempertahankan diri dan penggunaan senjata wushu disamping berbakat dalam bidang muzik dengan keupayaan bermain gitar dan ocarina. Penglibatan di dalam filem ini merupakan penglibatan sulung dirinya bagi filem bergenre cereka.
Camans Kong 江松恒
Camans adalah anak kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia dan mula menceburi bidang seni persembahan dan nyanyian seawal usia 8 tahun. Sejak penglibatan di dalam bidang seni, Camans telah terlibat dalam banyak penggambaran filem, filem mikro dan pengiklanan. Pada tahun ini Camans telah melancarkan lagu solo ‘Chasing My Dream’ melalui album kompilasi New Year. Bukan itu sahaja, Camans juga berbakat sebagai pengacara program serta siaran langsung. Salah satu bakat unik Camans yang dihargai oleh budaya setempat adalah ‘face-changing’ yang telah mendapat liputan meluas media.
Goh Wee-Ann 吴委恩
Bermula seawal usia 3 tahun, bakat Wee-Ann mula disedari apabila menegur kesilapan nyanyian neneknya ketika latihan untuk opera Teochew walaupun ketika itu Wee-Ann masih lagi menyusu botol! Wee-Ann telah melibatkan diri di dalam seni persembahan opera Teochew dengan keseluruhan lebih daripada 30 kali persembahan yg mengandungi lagu-lagu ikonik. Wee-Ann telah memenangi anugerah ‘Seeding Award’ daripada ‘Singapore Chinese Opera Institute’ pada tahun 2017 melalui penyertaan di ‘Inaugural Chinese Opera Festival’ pada tahun sebelumnya. Bakatnya diikhtiraf lagi dengan anugerah ‘New Talent Award’ dari institut yang sama pada tahun 2022. Wee-Ann memulakan langkah ke dalam dunia lakonan di usia 6 tahun apabila berjaya memegang watak dalam filem bersama MediaCorp dan semenjak itu telah membintangi lebih 20 drama berbahasa Cina. Kecekalan dan dedikasi Wee-Ann diangkat dengan penganugerahan ‘Star Award Young Talent’ selama 2 tahun berturut iaitu pada 2021 and 2022. Pada 2023, Wee-Ann mengembangkan lagi bakat dengan membintangi drama berbahasa English pertama bertajuk ‘Sisters of the Night’. Pada Mac 2024, Wee-Ann telah berpeluang membintangi filem pendek Singapura yang melakukan penggambaran di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Joseph Ng 黄智扬
Pada June 2023, Joseph Ng sangat bertuah apabila dipilih untuk membawa salah satu watak utama di dalam filem arahan pengarah, Jack Neo ‘I Not Stupid 3’ – ‘Si Gempal Andy Lim’ yang merupakan pengalaman pertama bagi dirinya. Bakat Joseph Ng seterusnya mula mendapat lebih perhatian dan pada Disember tahun yang sama telah dipilih memegang watak utama ‘Chen Xiaoming’ dalam program televisyen ‘Lingo Bingo’ yang disiarkan melalui Channel 8 MediaCorp yang mana merupakan penampilan sulungnya di layar televisyen. Menerusi filem ‘I Not Stupid 3’ Joseph Ng telah mendapat bimbingan dan sokongan yang kuat dari semua tenaga produksi dan terutamanya daripada sutradara filem sendiri – Jack Neo yang banyak membantu dirinya dalam memberikan persembahan terbaik. Semua peluang dan pengalaman ini merupakan semangat bagi Joseph Ng untuk memberikan persembahan yang lebih baik di masa hadapan di samping membawa pengalaman yang lebih menarik kepada penonton.
Glenn Yong 容启航
Dikenali sebagai pemegang watak ‘Sergeant Chow’ di dalam filem ‘Ah Girls Go Army’, Glenn merupakan bakat baru yang sedang meningkat naik di dalam industri filem Singapura yang juga merupakan penyanyi. Memulakan penyertaan dalam dunia lakonan pada tahun 2019 melalui watak pembatu di dalam filem ‘The Good Fight’ dengan melakonkan versi muda watak utama. Seterusnya Glenn telah terpilih membintangi siri televisyen ‘Victory Lap’ disamping artis Thailand GMM – Earth Pirapat. Glen telah melancarkan single sulung bertajuk 妈妈好 pada May 2020. Glen telah berjaya melahirkan solo runut bunyi pertama melalui penglibatannya di dalam siri muzikal ‘Live Your Dreams’ di mana dia juga membawa watak lelaki utama. Single English pertama berserta video muzik untuk lagu ‘UP’ dikeluarkan pada Jun 2022 yang menceritakan tentang pengalaman Glenn sendiri di dalam industri sejak mula and berharap dapat memberi galakan dan dorongan untuk semua terus maju ke hadapan walaupun melalui apa saja bentuk halangan.
Jae Liew 柳胜美
Liew memulakan karier lakonan dengan memegang watak pelakon wanita utama melalui filem Michelle Chong ‘Peas in a Pod’ pada tahun 2013. Bergandingan bersama anggota lama U-KISS Alexander Lee dan ahli Fahrenheit Calvin Chen, Liew melakonkan watak seorang penuntut universiti – Penny Yang. Selepas penayangan filem tersebut, Liew telah dipilih memegang watak orang kanan kepada watak utama yang dilakonkan oleh pelakon Singapura Felicia Chin dan pelakon Taiwan Chris Lee menerusi drama Channel 8 MediaCorp berjudul Scrum! (冲锋). Felicia seterusnya membintangi 2 lagi drama berjudul ‘Tiger Mum’ dan ‘The Journey: Our Homeland’. Menerusi drama ‘Tanglin’ yang merupakan format ‘long form’ yang pertama terbitan Channel 5 MediaCorp, Liew memegang watak utama sebagai Diana Tong. Pada tahun 2020, Liew telah dipilih membintangi musim kedua siri Derek yang diadaptasi daripada drama televisyen “Code of Law’ sebagai watak kembar. Penampilan Liew sebagai kembar telah mendapat pujian di kalangan para pelakon yang bersama-sama menjayakan siri ini antaranya Rebecca Lim dan Sinema.
Selena Tan 陈美廪
Penampilan semula dalam bidang seni lakonan dari siri pertama filem ‘I Not Stupid’, Selena Tan sangat dikenali para peminat melalui watak yang dibawanya terdahulu. Petikan dialog yang masih disebut sehingga hari ni adalah ‘It’s for your own good’. Pada tahun 1998, Selena telah mempersembahkan lakonan dirinya sendiri melalui ‘Selena Exposed!’ yang seterusnya telah mendapat perhatian dan dipilih untuk tontonan di rancangan komedi 1999 dengan cubaan lakonan semula melalui ‘Broadway Baby Kailan’. Persembahan hebat Selena menarik perhatian Dr Low Guat Tin yang merupakan pengarah cikgu pelatih di National Institute of Education (NIE) ketika itu dan telah menjemput Selena membuat persembahan sempena Hari Guru dengan persembahan bertajuk ‘The Other Side of the Teacher’s Table’. Persembahan selama 3 malam itu mendapat sambutan menggalakan. Seterusnya pada 2000, Selena telah menubuhkan Dream Academy yang merupakan syarikat seni dan hiburan persendirian menggunakan dana persendirian.
Terence Cao 曹国辉
Seorang bintang lama di dalam industri televisyen, Terence Cao telah memperolehi banyak pencalonan dan anugerah sepanjang kariernya. Memenangi 7 kali daripada 10 pencalonan bagi ‘Top 10 Most Popular Male Artistes’ sepanjang 1994, 1998-2001, 2004-2005 dia acara tahunan ‘Star Awards’. Terence Cao juga mendapat beberapa pencalonan untuk ‘Best Actor’ di ‘Star Awards’ melalui ‘The Challenger’ tahun 1995, ‘Stand by Me’ tahun 1998, ‘Stepping Out’ pada 1999, ‘The Reunion’ tahun 2002 dan yang terbaharu pada tahun 2014 melalui ‘The Journey; A Voyage’. Memenangi ‘Best Supporting Actor’ pada tahun 2011 di ‘Actor in Star Awards’ melalui lakonan dalam ‘The Best Things in Life’. Terence mendapat pujian yang tinggi melalui lakonan pertama dalam filem pada 2023 melalui mega box office ‘Money No Enough 3’ arahan pengarah Jack Neo.
Patricia Mok 莫小玲
Penampilan pertama Patricia Mok dalam bidang seni adalah melalui komedi ‘Comedy Nite’ di tahun 1990an and merupakan bintang tetap dari tahun 1996 sehingga ke siri terakhir. Penyertaan di dalam komedi ini telah membuka peluang bagi Patricia menandatangani kontrak bersama MediaCorp pada 2006. Patricia telah merangkul anugerah ‘Best Supporting Actress’ di ‘Star Awards 2003’ melalui lakonan sebagai seorang isteri yang lemah lembut kepada Holland V and berjaya mendapat dua pencalonan di ‘Asian Television Award’ pada tahun 2006 & 2008. Patricia telah berehat dari dunia seni pada awal tahun 2012 selepas kontrak bersama MediaCorp tamat, dan menyambung semula kariernya di bawah pengurusan Fly Artistes sehingga hari ini. Pada 2016, Patricia membuat penampilan di dalam komedi Singapore-Malaysian ‘Let’s Eat’.
Xixi Lim 林茜茜
Priscilla Lim Xi Xi, yang lebih dikenali sebagai Xixi Lim (lahir pada 25 Januari 1988) merupakan pelakon dan personaliti televisyen yang telah membintangi filem komedi tahun 2022 iaitu ‘Ah Girls Go Army’. Priscilla adalah pejuang bagi komuniti ‘plus-size’ dimana dia juga menjadi model di bawah kendalian Basic Models Management. Sehingga May 2023, pengikut Priscilla adalah 54,800 di laman Instagram dan 259,200 di TikTok.