Filem ‘Sazali Coco Meor’ Pertaruh Bakat Muda

Aquila Emas Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan filem dan TV terkemuka, telah menggegar pawagam terbesar di ibu kota dengan tayangan perdana filem sulung mereka yang dinamakan ‘SAZALI MEOR COCO’.

Menurut Encik Syarizan Md Isa, Pengarah Urusan Aquila Emas Sdn Bhd, filem ‘Sazali Meor Coco’ telah ditayangkan secara rasmi di Asian Content & Film Market (ACFM), Busan Korea pada 7 hingga 10 oktober 2023 yang lalu bersempena dengan Busan International Film Festival.

“ACFM memberi pendedaan kepada saya kepada trend, permintaan pasaran antarabangsa dan peluang usahasama dengan syarikat penerbitan dan pengedaran filem di luar negara. Lanjutan daripada itu beberapa siri perbincangan usahasama sedang dilaksanakan hingga hari ini” kata Syarizan Md Isa.

Pihak produksi AQUILA EMAS SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan jutaan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan file mini Berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam.

Filem sulung arahan Zizan Nin

Zizan Nin berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang lakonan dan mengarah beberapa telemovie khas seperti A Christmast Hug, Papa Jinak Singa, Api Cinta Ramadan dan Opah Jangan Lupa, untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), akhirnya diberi kepercayaan untuk duduk di kerusi Pengarah filem ‘Sazali Meor Coco’.

Beliau merupakan pemenang anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki (Anugerah Skrin 1024) melalui filem ‘Tanda Putera’ dan Pelakon Harapan Lelaki (FFM ke-20) melalui filem ‘Cinta Terakhir’. Beliau yakin dengan bakat-bakat baru serta mempertaruhkan Syazani Zikry, Shahradhy, Iman Zulkarnain sebagai tunjang utama filem.

Menurut Zizan, file ini memberi kepuasan kepada dirinya sebagai pengarah untuk berkarya disamping dapat mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi sebagai barisan pelakon pelapis di masa hadapan.

“Filem ini mudah untuk difahimi oleh para penonton dan konflik yang dipaparkan amat relevan dengan situasi masa kini iaitu ditindas disebabkan kurang ilmu dan pengalaman, kemiskinan bandar, penderaan kanak-kanak, orang gelandangan dan pempengaruh (influencer) menjadi popular disebabkan ledakan pengaruh media sosial” kata Zizan Nin.

“Semoga para penonton berpusu menonton file mini di pawagam kelak kerana ianya menghiburkan dan bersahaja” kata Syazani Zikry yang memegang watak Sazali

“Saya teruja kerana filem ini merupakan penampilan sulung saya di layer lebar.”- Tambah Shahradhy pula yang memegang watak Meor

“Selain daripada berlakon sebagai watak Coco, saya juga menyanyi empat buah lagu dalam filem ini.” Menurut Iman Zulkarnain yang memegang watak Coco.

Dalam majlis ini, tetamu turut diperdengarkan dengan enam buah lagu daripada “Digital Soundtrack Album Tetiber” termasuk OST “Tiga Raga” yang mendapat sentuhan an award winning kompesor terkenal tanahair dan antarabangsa iaitu Zee Avi dan Sharon Paul.

Dalam majlis ini, tetamu turut diperdengarkan dengan enam buah lagu daripada “Digital Soundtrack Album Tetiber” termasuk OST “Tiga Raga” yang mendapat sentuhan an award winning composer terkenal tanahair dan antarabangsa iaitu Zee Avi dan Sharon Paul.

Majlis ini turut mendapat tajaan JL99 Group, Megat Sharezmen & Clean Slate Facial Bar bagi meraikan para tetamu yang hadir.

Aquila Emas Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Media Cetak dan Media Elektronik, Blogger, Influencer, Tiktoker, Youtuber, dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak untuk mempromosikan filem Sazali Meor Coco ini yang akan menemui penonton di seluruh pawagam pada 16 November 2023.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *