Episod separuh akhir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) baru-baru ini telah membuktikan mengapa rancangan ini terus menjadi fenomena di kalangan penonton. Drama yang mendebarkan, kejutan yang tak terduga, dan pertarungan vokal yang menggegarkan pentas menjadikan separuh akhir ini paling mendebarkan dalam sejarah CSOIAM. Lima peserta terbaik bersaing sengit untuk merebut tempat ke pentas akhir pada Ahad, 9 Februari 2025.
Lebih membanggakan, setiap minggu menyaksikan peningkatan jumlah penonton dan undian, menjadikan CSOIAM satu-satunya rancangan realiti nyanyian yang berjaya trending di platform X selama tujuh minggu berturut-turut! Kejayaan ini membuktikan bahawa program ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menarik minat penonton yang setia mengikuti perjalanan para peserta.
Kini, dengan memasuki minggu separuh akhir, perhatian semakin tertumpu kepada bagaimana program ini mampu membimbing dan memberi peluang kepada para peserta untuk mencari arah dalam industri hiburan. Terbukti, CSOIAM bukan sekadar pentas pertandingan, tetapi juga platform untuk melahirkan bintang-bintang baharu yang bakal menerangi industri muzik tempatan.

Zazzleen, Kai Deva, Jimi, dan Marygrace kini berpeluang untuk melangkah jauh sebagai penyanyi pelapis melalui single yang diberikan khas untuk mereka. Zazzleen dengan lagu “Merah”, Kai Deva dengan “Mengejar Bintang”, Jimi dengan “Tetap Berharap”, dan Marygrace dengan “Titik Mula” sudah pasti menambah warna dalam dunia hiburan tanah air.
Namun, bukan hanya mereka yang menjadi sorotan. Maryam, yang tersingkir selepas pusingan battle, turut menerima penghargaan dengan single “Idola”. Walaupun gagal menjejakkan kaki ke pentas final, Maryam masih diberikan peluang untuk meneruskan perjalanan muziknya.
Kini, selepas berhempas pulas dalam setiap pusingan, para finalis akan mempersembahkan lagu pilihan mereka di pentas akhir, bersaing untuk merebut hadiah utama iaitu RM1 juta. Inilah masanya untuk peminat menunjukkan sokongan mereka dengan memberikan undian sebanyak 40%, sementara 60% keputusan ditentukan oleh juri profesional. Tanpa sokongan peminat, perjalanan mereka ke puncak kejayaan mungkin sukar dicapai.

Saksikan kesemua finalis menggegarkan pentas akhir dengan persembahan terakhir mereka. Siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah lumayan tersebut? Anda, peminat setia CSOIAM, memiliki kuasa untuk menentukan pemenangnya! Jangan ketinggalan untuk mengundi finalis kegemaran anda!
Untuk terus mengikuti perkembangan CSOIAM dan melihat kejutan-kejutan yang bakal menghangatkan lagi episod akhir, saksikan siaran langsung di TV3 setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD melalui aplikasi Tonton. Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton Fizz Journal, yang memberikan sorotan eksklusif pengalaman para peserta setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.
Jangan lupa untuk mengikuti media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk bersama-sama mencipta sejarah baru dalam dunia hiburan tanah air!