LATEST

Gabungan Aksi & Emosi Menjadi – Blood Brothers Cipta Sejarah di Box Office Malaysia

Filem aksi epik tempatan, Blood Brothers: Bara Naga, kini mencipta sejarah dengan pencapaian kutipan RM9.2 juta hanya dalam dua hari tayangan rasmi dan tayangan awal yang bermula pada 8 April lalu. Diarahkan oleh gabungan dua pengarah ternama, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, filem ini telah mencuri perhatian ramai dengan aksi luar biasa, visual memukau, dan cerita yang penuh dengan emosi.

Dengan tayangan di 170 pawagam di seluruh Malaysia, Blood Brothers: Bara Naga bukan hanya berjaya mencatatkan angka kutipan yang membanggakan, tetapi juga mendapat sambutan hangat di kalangan penonton dari pelbagai negeri termasuk Selangor, Johor, Kedah, Pahang, dan Terengganu. Pencapaian ini membuktikan bahawa karya tempatan dengan elemen aksi, persaudaraan, dan emosi mendalam masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Sambutan hangat filem ini turut memuncak di platform media sosial, dengan banyak komen positif yang memuji kualiti teknikal dan seni filem. Pengulas filem seperti Hadam Project menyifatkan ia sebagai salah satu filem aksi tempatan paling menakjubkan dari segi visual. Manakala, Suka Filem mengakui betapa filem ini mampu membawa penonton menyelam dalam lautan emosi yang mendalam, dari rasa kehilangan hingga dendam yang membara.

Tidak ketinggalan, Fikry Ibrahim, seorang pelakon terkemuka, juga memuji lakonan yang sangat mantap daripada semua pelakon, termasuk Syukri, Sharnaaz, Syafiq, dan Kepeng. Mereka berjaya memberi komitmen penuh dan membawa watak dengan begitu natural, menjadikan filem ini sebuah kejayaan yang harus dipuji.

Untuk penggemar filem aksi tempatan, Blood Brothers: Bara Naga merupakan karya yang wajib ditonton. Rasai setiap detik ketegangan, emosi, dan aksi yang pastinya akan menjadikan filem ini sebagai ikon dalam sejarah perfileman Malaysia.

Saksikan Blood Brothers: Bara Naga yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Jangan lepaskan peluang ini! Ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube untuk perkembangan terkini serta kandungan eksklusif filem ini.