LATEST

Ganjaran RM3 Juta Astro BIZone: Satu Langkah Strategik untuk Lonjakkan SME

Astro BIZone, inisiatif terbaru Astro untuk membantu pertumbuhan outlet makanan dan minuman (F&B), telah melancarkan kempen pemasaran bernilai RM3 juta. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan hasil perniagaan F&B melalui pemasaran bersasar dan promosi ganjaran.

Sejak dilancarkan pada 2024, BIZone telah mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dengan peningkatan 34% dalam jumlah pelanggan. Ini melebihi sasaran pertumbuhan tahunan 5%. Dengan potensi pasaran sebanyak 14,000 unit, BIZone semakin dikenali sebagai penyelesaian berkesan untuk perniagaan F&B dan komersial di seluruh Malaysia.

Astro memperkenalkan kempen BIZone Rewards untuk tahun 2025, terbuka kepada semua outlet F&B yang mendaftar atau menaik taraf pek BIZone TV mereka antara 7 April hingga 17 Oktober 2025. Sebanyak 200 outlet F&B akan dipilih setiap bulan untuk menerima bantuan pemasaran bernilai RM3 juta. Pemilihan pemenang dilakukan melalui cabutan bertuah.

Outlet yang terpilih dalam kempen BIZone Rewards akan menikmati pelbagai bantuan pemasaran yang menarik, antaranya siaran langsung tayangan sukan untuk menarik orang ramai melalui Pesta Menonton, penampilan selebriti atau influencer dalam Sesi Ramah Mesra bagi meriahkan acara, serta kandungan eksklusif oleh influencer untuk Promosi Makanan yang bertujuan meningkatkan imej outlet. Selain itu, outlet juga berpeluang mendapat promosi melalui iklan di saluran radio dan TV Astro, yang akan meningkatkan keterlihatan mereka di kalangan pelanggan. Kempen ini bertujuan membantu outlet F&B memanfaatkan kuasa pemasaran strategik untuk memacu pertumbuhan perniagaan, meningkatkan kesedaran jenama, dan menarik lebih ramai pelanggan. BIZone turut menawarkan pelbagai saluran hiburan seperti tayangan sukan popular, termasuk Premier League dan Formula 1, serta saluran hiburan lain yang menarik. Pelanggan BIZone juga akan menerima kit permulaan dan barangan pemasaran yang direka khas untuk meningkatkan keterlihatan jenama mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari https://biz.astro.com.my/bizone-rewards atau hubungi AstroBIZ di +603 9544 7566. Kempen ini berakhir pada 17 Oktober 2025.