Goodday Charge Arena Perkukuh Komuniti e-Sukan Malaysia

Goodday

Bersempena dengan Hari e-Sukan Sedunia, Goodday Charge mengambil langkah maju untuk mengangkat e-Sukan sebagai sukan yang diiktiraf secara meluas dengan melancarkan gim e-Sukan inklusif pertama di Malaysia.

Goodday Charge Arena dibuka untuk semua peringkat umur. Majlis perasmian pada 14 Oktober lalu di Quill City Mall menyaksikan pemotongan reben oleh Pia Lisa, Pengurus Pemasaran Etika Sdn Bhd, dan dihadiri oleh Adrian Gaffor, Pengasas Bersama dan Pemilik The Gaming Company.

Bagi menyemarakkan pembukaan ini, Goodday Charge Arena menawarkan pelbagai aktiviti sepanjang hari, termasuk sesi FREE PLAY yang membolehkan pengunjung merasai pengalaman di Charge Arena tanpa sebarang bayaran. Selain itu, terdapat bengkel PERCUMA mengenai industri e-Sukan khusus untuk kanak-kanak dan individu yang berminat menceburi bidang ini. Pengunjung juga berpeluang untuk bermain bersama beberapa penstrim terkenal Malaysia seperti Andrew ‘Stonkol69’ dan ‘Abangkepuk’, serta Team eMAS, pasukan e-Sukan senior pertama negara.

 

 

Menjadi kesinambungan daripada kejayaan program Boomers2Gamers, Charge Arena akan mengadakan Watch Party dengan pratonton tiga episod eksklusif siri Boomers2Gamers, yang bakal disiarkan di Astro Arena. Siri ini akan mengupas perjalanan Team eMAS dalam meneroka dunia permainan video, sambil meneruskan misi Goodday Charge untuk mengiktiraf e-Sukan. Sesi ini juga bertujuan untuk merapatkan komuniti e-Sukan dan penggemar permainan dalam suasana yang meriah.

goodday

 

Charge Arena berfungsi sebagai pusat untuk meningkatkan penyertaan dalam e-Sukan di semua peringkat umur, termasuk warga emas. Goodday Charge berusaha mempromosikan permainan yang sihat dengan memberi perhatian kepada aspek fizikal, kognitif, dan pemakanan dalam e-Sukan. Menyamaikan pemakanan dan tenaga yang diperlukan pemain, susu coklat khusus oleh Goodday Charge yang diperkaya dengan Vitamin B kompleks menjadi fokus utama. Menariknya, setiap hari Selasa akan dikenali sebagai BOOMERS2GAMERS Day, di mana pengunjung warga emas dapat bermain secara percuma, menunjukkan komitmen Charge Arena untuk melibatkan semua golongan.

Hab yang terletak di Tingkat 6 Quill City Mall, Kuala Lumpur ini mempunyai keluasan 2500 kaki persegi dan dilengkapi pelbagai peralatan permainan untuk memenuhi keperluan setiap pemain, termasuk PC tercanggih, permainan konsol, simulator perlumbaan, serta ruang untuk permainan mudah alih. Pengunjung juga dapat mengakses sumber untuk penciptaan kandungan, kemudahan penstriman, dan bimbingan profesional daripada pasukan TGC untuk mewujudkan ruang inklusif bagi semua peminat e-Sukan.

Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, menyatakan: “Goodday Charge bertekad untuk merubah tanggapan mengenai e-Sukan, dan pelancaran arena ini adalah satu lagi langkah ke arah itu. Dengan menyediakan ruang inklusif bagi semua peringkat umur, kami dapat membentuk amalan permainan yang sihat dan memupuk komuniti merentasi generasi. Saya sangat teruja melihat warga emas dan generasi muda berinteraksi dan bersaing di platform ini.”

Adrian Gaffor, Pengasas Bersama dan pemilik The Gaming Company, menambah: “Goodday Charge Esports Arena lebih daripada sekadar fasiliti. Kewujudannya mengukuhkan bahawa e-Sukan adalah untuk semua, tanpa mengira usia atau latar belakang. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Goodday Charge dalam menganjurkan bengkel dan latihan untuk membantu belia mengambil langkah pertama dalam e-Sukan dan memperkukuhkan ekosistemnya di Malaysia.”

Charge Arena juga akan mengadakan dua peraduan menarik bagi semua pemain dari sekarang hingga akhir November: Goodday Charge Esports Month Contest dan Charge Arena Contest. Esports Month Contest menawarkan peluang untuk merebut hadiah bernilai RM70,000 di kedai terpilih dan kedai TikTok Etika, termasuk PlayStation 5, laptop dan PC gaming PREDATOR, serta fon kepala JBL. Charge Arena Contest pula mengajak pengunjung untuk merakam foto kreatif di arena bagi peluang memenangi hadiah seperti PlayStation 5 dan e-dompet TNG.

Dengan pelbagai hadiah menarik menanti sepanjang tahun, termasuk Charge Racing Sim Challenge dan promosi khas bagi pembelian minuman Goodday Charge yang memberikan masa permainan percuma, Charge Arena dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Ruang ini menyediakan platform bagi peminat permainan video untuk meningkatkan kemahiran, bersosial, dan mengamalkan gaya permainan yang sihat. Orang ramai dialu-alukan untuk hadir dengan bayaran bagi setiap jam.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Goodday Milk Malaysia di Facebook dan Instagram, serta Goodday Charge Malaysia di TikTok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *