Sun. Apr 14th, 2024

Bagi merapatkan jurang antara generasi dan mencabar stereotaip mengenai esports, Goodday Charge dengan bangganya mengumumkan pelancaran Boomers2Gamers, sebuah pertandingan untuk mencari pasukan esports warga emas pertama di Malaysia bagi golongan berumur 50 tahun dan ke atas dengan tawaran hadiah bernilai sehingga RM20,000 untuk dimenangi. Ini merupakan satu lagi langkah berikutan inisiatif lain daripada Goodday untuk melawan stereotaip yang dikaitkan dengan esports bagi mengembangkan usaha memperakui esports sebagai satu sukan sebenar.

Antaranya termasuk penajaan pembentukan National eSport Development Guideline (NESDEG) yang dilancarkan dengan kerjasama Hannah Yeoh dan Kementerian Belia dan Sukan bagi melindungi atlet esports dan memastikan pembangunan industri berkenaan, dan juga pelantikan atlet esport tersohor

Malaysia, xNova sebagai duta untuk pembungkusan serba baharu Goodday Charge dan menaja anugerah 2024 Malaysian eSports Awards baru-baru ini.

Dengan salah tanggapan dan stigma yang berleluasa terhadap esports terutamanya daripada generasi yang lebih tua, pelancaran Boomers2Gamers berfungsi sebagai platform untuk membantu generasi berkenaan memahami esports dengan lebih baik, lantas merapatkan jurang dan ikatan dengan generasi muda, serta mempromosikan penuaan aktif. Ini mengetengahkan faedah yang boleh diperoleh daripada esports dalam bidang fungsi kognitif, refleks dan banyak lagi.

Bagi mencabar tanggapan bahawa esports merupakan aktiviti yang tidak aktif dan bukan sukan sebenar, Goodday tiba untuk menerangkan kepada pengguna bahawa esports adalah satu sukan dengan menjelaskan sifat kompetitifnya, serta keperluan tahap kesukanan yang tinggi terutamanya dari segi kecergasan dan pemakanan yang sama seperti sukan lain.

Goodday Charge menjemput individu berumur 50 tahun ke atas untuk serahkan penyertaan mereka untuk merebut peluang menyertai pasukan esports warga emas yang pertama. Tempoh penyertaan ditetapkan selama lapan minggu dari 19 Februari hingga 8 April 2024, bagi membolehkan individu berpengalaman dan tidak berpengalaman mempamerkan minat mereka terhadap permainan video.

Proses pemilihan akan dijalankan dengan teliti. 10 calon yang berjaya akan disenarai pendek untuk menjalani kursus gaming komprehensif yang bertujuan untuk mendidik generasi senior menegai apa yang diperlukan untuk menjadi seorang atlet esports dan menyerlahkan faedah yang mereka dapat perolehi seperti membina hubungan baru, membentuk tabiat yang lebih sihat, membina keupayaan mental yang lebih baik dan juga kegembiraan dalam mempelajari kemahiran baru. Kursus ini akan merangkumi lima tunjang penting: Kemahiran Terlatih, Strategi, Senaman, Diet dan Tidur, serta Kerja Berpasukan dan Komunikasi.

Calon yang terpilih kemudian akan menghadiri kem latihan selama tiga hari, diikuti dengan sesi latihan dalam talian bersama pasukan mereka. Tempoh latihan dan persediaan tiga hari terakhir akan berakhir dengan pertandingan 5v5 untuk menentukan lima pemain yang akan mencipta sejarah sebagai pasukan esport paling senior di Malaysia.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan menyatakan dedikasi syarikat ini untuk mengubah persepsi negatif dan memperakui esports sebagai sukan yang setanding dengan sukan tradisional. Gan berkata, “Inisiatif Goodday Charge untuk membentuk pasukan esport paling senior di Malaysia adalah satu lagi langkah dalam usaha kami ke arah mengubah perspektif terhadap esports dan gaming.”

Kami berharap pengalaman ini dapat membantu generasi yang lebih tua untuk memahami dan menghargai usaha, kemahiran dan dedikasi yang ditunjukkan oleh profesional esports dan membantu mereka menerimanya sebagai sebuah sukan yang setanding dengan sukan lain. Saya teruja untuk melihat para pemain dan peminat gaming menggunakan ini sebagai peluang untuk berkongsi dunia dan pengalaman mereka dengan generasi yang lebih tua dengan mendaftarkan mereka untuk inisiatif ini.” tambahnya.

Selaras dengan misi Goodday untuk memastikan esports diperakui sebagai sukan sebenar, Goodday percaya bahawa atlet esports memerlukan pemakanan, kecergasan dan tahap tenaga yang serupa seperti atlet sukan lain. Goodday Charge tampil membantu dengan susu coklat mereka yang dirumus khas untuk menyokong atlet esports dengan nutrien penting seperti vitamin B kompleks bagi tenaga yang berterusan, bagi mencabar tanggapan salah mengenai cabaran fizikal dan mental dalam permainan kompetitif.

Sama ada anda berumur 50 tahun dan ke atas dan sedang mencari cabaran baharu atau anda didorong oleh anak/cucu anda yang ingin membantu generasi tua memahami minat mereka terhadap esports, sila layari https://www.gooddaycharge.com/ untuk mendaftar dan mencipta sejarah sebagai pasukan esports senior pertama di Malaysia. Selepas mendaftar, peserta yang layak akan dihubungi untuk temu duga maya sebagai salah satu langkah dalam proses penyenaraian pendek.

Ikuti perkembangan terkini Goodday dalam usaha mereka untuk mengetengahkan esports dengan mengikuti Goodday Milk Malaysia di www.facebook.com/gooddaymilkmalaysia atau www.instagram.com/gooddaymilkmy

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *