HAQIEM RUSLI DAN ARIFF BAHRAN CIPTA REKOD MENDAPAT ‘PERFECT 10’ (MARKAH PENUH)

Haqiem Rusli dan Ariff Bahran telah mencipta rekod apabila menjadi peserta pertama mendapat markah penuh daripada dua juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu (Mummy). Sepanjang program ini disiarkan, tidak pernah lagi mana-mana peserta yang berjaya mencuit hati juri sehingga memberikan markah perfect 10 (markah penuh).

Menurut kata Ariff Bahran, “Sejujurnya kami tidak menyangka akan menjadi juara minggu keempat kerana saingan paling dekat masa tu kami tengok adalah adalah Syaiful dan Sharif. Persembahan mereka memang best! Apapun kami sangat bersyukur di atas kemenangan ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami. Tak dapat dinafikan memang masa begitu singkat untuk fikirkan tentang persembahan untuk minggu seterusnya. Itu adalah dugaan yang perlu kami harungi.”

“Kami perlu buat perancangan yang teliti setiap minggu dan perlu memberikan persembahan sehabis baik. Walaupun dah menang buat kali kedua, kami tidak boleh berdiam sahaja. Kami selalu remind each other supaya jangan rasa dah selamat walaupun berada di kedudukan pertama secara keseluruhan. Banyak lagi yang perlu diterokai untuk meningkatkan lagi prestasi persembahan kami di Famili Duo 3 ini,” tambahnya lagi

Haqiem Rusli juga bersetuju dengan pendapat sepupunya Arif Bahran. “Betul kata Ariff. Mesti ramai kata kalau dah menang oklah tu, mesti masuk final! Sebenarnya kemenangan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kami berdua dan kami perlu pastikan momentum itu berterusan. Malahan perlu menjadi lebih kreatif, vokal lebih terjaga dan kami perlu memastikan persembahan kami dapat menghiburkan penonton di dalam studio terutamanya juri,” jelas Haqiem Rusli.

“Saya ingat pesan Abang Ajai dimana dia ada kata jika kita berjaya menghiburkan penonton dan juri, maknanya kita berjaya! Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada saudara mara kami yang sentiasa sokong kami dan terlibat sekali dalam persembahan kami setiap minggu. Nama pun pertandingan famili, jadi semasa persembahan tu kalau nak tahu, semua penari dan pelakon tambahan di atas pentas semuanya saudara mara, sepupu dan yang mempunyai pertalian darah dengan kami. Nantikan kejutan kami untuk konsep minggu depan iaitu Idola / Lagenda.”

Imbas kembali minggu lalu, Mummy (Mas Idayu) dilihat terkesima dengan persembahan mereka kerana tidak menyangka persembahan dan kreativiti mereka lain daripada yang lain. “Mummy tak sangka sebenarnya idea awak hebat sebab mummy pandang awak sebagai penyanyi je dan tak sangka awak ni kreatif dan fikir luar dari kotak. Termasuklah Melayukan lagu Hindustan. Keseluruhan dari awal persembahan dengan nyanyian awak paling konsisten sekali. Mummy sangat suka,” jelas Mas Idayu.

Begitu juga Ajai turut memberi komen yang dia gembira kerana kedua-dua mereka berjaya berkomunikasi dengan penonton di dalam studio terutamanya para juri dan secara tidak langsung menghiburkan mereka. “Famili Duo ini merupakan pertandingan yang mengambil kira tentang persembahan, kreativiti dan nyanyian. Mereka selalu je kena tegur dan semua teguran diambil untuk menjadi lebih bagus.”

Sehingga kini, markah keseluruhan yang terkumpul adalah:

  1. Haqiem dan Ariff adalah 216.70 markah
  2. Sharif & Syaiful (206.10 markah)
  3. Adira & Emma (186.10 markah)
  4. Shila Amzah & Syahir (182.10 markah)
  5. Tom & Fuad (166.30 markah)
  6. Ryan & Adam Bakery (160.80 markah).

Teruskan mengundi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan Famili Duo seterusnya pada 12 November 2023, pukul 9.00 malam di TV3! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *