Diana Nazyra merupakan komposer, penulis lirik, guru vokal, penyanyi, dan penerbit muzik yang terkenal di Singapura kini muncul dengan single terbaharu iaitu ‘Hawa’. Ini merupakan single solo pertama Diana dimana dia juga merupakan komposer serta penulis lirik. Diana telah berkecimpung dalam industri seni sejak usia 10 tahun.
Kelahiran ‘Hawa’ memberi kepuasan kepada Diana kerana telah menghasilkan lagu ini sejak 2 tahun yang lalu selepas pemergian nenda tersayang. “Ini merupakan single solo pertama saya dan saya amat berpuas hati dengan hasil lagu ‘Hawa’ ini. Sebenarnya lagu ini sangat bermakna buat saya kerana lagu ini diinspirasikan oleh arwah nenek kesayangan saya bernama Awa. Arwah nenek dan ibu banyak mengajar saya tentang martabat kita sebagai wanita, keikhlasan, kesabaran, sentiasa bersyukur dan tabah dalam apa jua ujian kehidupan. Pemergian nenek telah memberi kesan yang mendalam dan saya ingin berkongsi apa yang saya pelajari dari arwah menerusi single ‘Hawa’ khas buat semua kaum wanita.”
“Lirik ‘Hawa’ ini digubah sendiri oleh saya bersama suami, Abdul Razak Johar (Razzaq AN’ArDzy). Saya bersyukur dapat bekerjasama menggubah muzik bersama dengan Omar K, komposer terkenal Malaysia. Semasa rakaman dijalankan selama 3 hari di World Peace Entertainment Malaysia, saya terpaksa mengawal emosi memandangkan lagu ini sangat istimewa dan membuatkan saya terkenang kepada nenek,” jelas Diana yang baru saja dinobatkan sebagai Wanita Inspirasi dan menerima anugerah “Wanita Hari Ini 2024” dari Women’s Empowerment Singapore.
Sementara itu, Omar K juga turut kagum dengan semangat kental Diana ketika menjalani rakaman di studio. “Lagu ini penuh dengan emosi menyebabkan Diana hampir menitiskan air mata semasa sesi rakaman. Kami di studio tetap memberi semangat serta ruang untuk Diana bertenang. Sejujurnya lagu ini amat sesuai dengan vokal Diana yang unik, jadi gabungan elemen moden dan klasik sekaligus menonjolkan kekuatan vokalnya yang menjadi daya tarikan dan halwa telinga pendengar. Persembahan vokal Diana juga amat dinamik yang merangkumi kelembutan suara pada awal-awal lagu, namun tetap dapat menyerlahkan kualiti vokalnya di bahagian klimaks lagu. Malahan pengalamannya bergandingan bersama seniman tersohor seperti Allahyarham R. Ismail dan Sanisah Huri juga memberikan bonus kepada Diana.”
Jangan lepaskan peluang mendengar lagu istimewa ’Hawa’ nyanyian Nadia Nazyra yang telah mula bergema di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer sejak 23 Februari lalu. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.
Turut disertakan lirik lagu HAWA:
Lagu: Hawa
Penyanyi: Diana Nazyra
Komposer & Lirik: Diana Nazyra, Omar K, Razzaq AN’ArDzy
Verse 1
Lemah gemalai, madah bicara Adab bersopan, menyusun kata Hati yang tulus, berkorban cinta Bagaikan satria, maruah dibela
Chorus Engkaulah Hawa Bidadari syurga Engkaulah bintang yang penuh cahaya
Engkaulah Hawa Juangmu demi cinta Hingga ke hujung nyawa
Verse 2 Di celah sangsi dan keraguan Di balik tangis dan kelembutan Laung suara penuh keyakinan Seru semangat benteng kekuatan
Chorus Engkaulah Hawa Bidadari syurga Engkaulah bintang yang penuh cahaya
|
Engkaulah Hawa
Juangmu demi cinta Hingga ke hujung nyawa
Bridge: Jiwa yang tenang halus bagai sutera Bicara tanpa terjerat dusta Aku rindu kasih mu Engkaulah malaikatku
Chorus Engkaulah Hawa Bidadari syurga Engkaulah bintang yang penuh cahaya
Engkaulah Hawa Juangmu demi cinta Hingga ke hujung nyawa
Engkaulah bintang yang penuh cahaya Engkaulah Hawa juangmu demi cinta Hingga ke hujung nyawa
|