Penggemar 7CAFé oleh 7-Eleven pasti sudah tidak asing lagi dengan tawaran produk berkualiti tinggi pada harga mampu milik yang kini memperkenalkan menu sedia dimakan terbaru.
Kedai serbaneka yang popular ini juga menjadi destinasi gaya hidup pilihan, menawarkan menu sedia dimakan yang mengikut selera tempatan dan pasti menggamit memori dalam setiap suapan.
Antara menu yang digemari ramai dan wajib dicuba di 7CAFé oleh 7-Eleven adalah Nasi Goreng Kampung (RM5.90), Nasi Ayam Pad Kra Pao (RM6.90), Nasi Ayam Masam Manis (RM8.90), dan Pasta Keju Pedas (RM7.90).
Menawarkan pelbagai pilihan lazat dengan harga berpatutan bermula serendah RM5.90, setiap hidangan diolah menggunakan bahan segar tempatan dan berkualiti tinggi, menonjolkan citarasa pilihan Malaysia.
Kini tersedia di lebih 300 cawangan 7CAFé oleh 7-Eleven dan kedai 7-Eleven terpilih seluruh negara, menu sedia dimakan ini boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Antara hidangan yang boleh dinikmati termasuklah Nasi Goreng Belado (RM5.90), Nasi Goreng Telur (RM5.90), Nasi Goreng Kampung (RM5.90), Nasi Ayam Paprik (RM6.90), Nasi Ayam Nyonya (RM6.90), Nasi Pad Kra Pao (RM6.90), Pasta Budae Jigae (RM8.90), Pasta Keju Pedas (RM7.90), Nasi Ayam Kong Pao (RM8.90), Nasi Ayam Sweet and Sour (RM8.90), Nasi Ayam Kam Heong (RM8.90), dan Nasi Ayam Kari (RM8.90).